LANGGAN

Tarikan Terbaru Di Pyongtaek - Courtyard by Marriott Kini Dibuka!

Menawarkan hospitaliti bertaraf dunia untuk hub inovasi Korea
Published: June 5, 2025

Courtyard by Marriott Pyeongtaek menandakan kehadiran hotel berjenama antarabangsa pertama di bandar ini, membawa hospitaliti moden dan bertaraf dunia ke pusat pertumbuhan Korea Selatan yang semakin pesat.

Lokasi Strategik

Hotel ini terletak berhampiran kemudahan penting seperti Samsung Electronics Pyeongtaek Campus, Camp Humphreys, dan Osan Air Base, menjadikannya pilihan utama untuk, ahli perniagaan, tentera serta pelancong bersantai dari dalam dan luar negara.

Dengan gabungan seni bina moden dan elemen semula jadi, hotel ini menampilkan taman landskap, lobi gaya atrium yang terang dengan cahaya semula jadi, serta penggunaan bahan mesra alam dan teknologi pencahayaan tidak langsung untuk keselesaan tetamu.

Sebanyak 230 bilik termasuk empat suite luas ditawarkan, dengan pilihan yang sesuai untuk business trip, pelancong, keluarga dan penginapan jangka panjang. Sebahagian bilik turut menawarkan tingkap besar dari lantai ke siling yang menghadap taman. Hotel ini menampilkan satu-satunya kolam renang dalaman di bawah jenama Courtyard di Korea, serta gim yang lengkap untuk tetamu yang mementingkan gaya hidup sihat dan aktif.

Pengalaman Makan Bertaraf Antarabangsa

Tetamu boleh menikmati hidangan mewah di BLT Steak, restoran steak terkenal dari New York, atau menjamu selera di Tavolo 24, restoran bufet yang menyajikan pelbagai masakan antarabangsa dan menu mengikut musim. Grand Ballroom di hotel ini mampu menampung sehingga 180 orang dan dilengkapi dengan sistem bunyi berkualiti tinggi dan dinding LED, menjadikannya lokasi ideal untuk mesyuarat korporat dan majlis peribadi.

Restoran BLT Steak di Pyongtaek

Promosi Istimewa Sempena Pembukaan

Pakej “first stay offer” kini ditawarkan sehingga 31 Ogos. Tetamu yang menginap di bilik deluxe atau suite akan menerima kredit makan bernilai 30,000 KRW serta akses percuma ke kolam renang untuk dua orang dewasa. Alex Lee, Pengurus Besar Courtyard by Marriot Pyongtaek berbangga kerana dapat memperkenalkan dan mengalu-alukan tetamu untuk merasai layanan bertaraf dunia di hotel ini.

Deluxe suite bedroom

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari Marriott.com untuk membuat tempahan penginapan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down