LANGGAN

Bicara Veganism, Gaya Hidup Penuh Spekulasi

Bermula dengan rekomendasi, mari bicara tentang gaya hidup vegan yang penuh spekulasi.
Published: August 18, 2025

Dekonstruksi orang ramai apabila berbicara tentang vegan mencetuskan perbualan. Ramai yang mula memberi pendapat sendiri, membicarakan aspek-aspek kemampanannya, kos gaya hidupnya dan nutrisinya. Gaya hidup vegan bukanlah sesuatu yang baru, namun ia masih tetap menjadi topik yang hangat dibicarakan.

Walau dalam kebiasaan tanggapan orang, veganisme sebenarnya bukanlah lahir daripada rasa kasihan terhadap haiwan semata. Pelbagai asbab gaya hidupnya diterapkan. Contohnya seperti penerapan amalan mampan, sebentuk protes terhadap kekejaman haiwan, serta penyakit seperti gout dan alergi.

Penerimaan kata-kata cemuhan terhadap komuniti vegan dapat dilihat secara liar di internet adalah satu propaganda I'm not falling for! Tiada buruknya dalam mengamalkan veganisme, bukankah mengamalkan gaya pemakanan tersendiri merupakan hak setiap individu? Namun pendedahan tentang gaya hidup ini masih tidak dibicarakan dengan luas. Ia tidak seharusnya menghalang momen bersama rakan atau pasangan. Antara restoran mesra vegan di sekitar Kuala Lumpur adalah:

1. Kuki, Menara Ken TTDI

Restoran ini menjadi wadah tumpuan. Himpunan menunya merayakan dua sudut yakni gabung padan pengalaman makanan mewah dan berasaskan tumbuhan. Makanannya yang popular termasuklah salad tembikai dan tauhu terung. Cukup menyelerakan!

2. The Hungry Tapir

Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, restoran ini mementaskan pintalan makanan tradisional Melayu. Daripada nasi lemak dan laksa hingga ke satay, setiap menu dikurat tanpa daging. Juga terdapat masakan internasional yang juga diasas oleh tumbuhan seperti "ayam goreng", mac and cheese dan piza. Reviu Googlenya juga tinggi yang menjulang 4.6 bintang.

3. Towzen Ramen

The infamous restoran ramen yang tular di TikTok. Tanda kenalnya terletak pada kuah berasaskan soya yang dimadukan bersama truffle, memberi hasil akhir yang cukup berbeza dengan ramen di kedai lain.

Keresahan Tentang Kekurangan Nutrisi

Hujahan yang paling dibicarakan tentang veganisme adalah kekurangan nutrien, memandangkan daging haiwan seperti ikan, ayam dan daging adalah sumber protein utama. Protein merupakan nutrisi vital demi mengekalkan kesihatan organ, rambut, kulit dan kuku. Tidak perlu risau. Dalam tumbuhan, kacang merupakan protein utama yang bersikap vegan secara semula jadi. Antara contoh protein vegan yang luas digunakan termasuklah:

  1. Edamame
  2. Tempe
  3. Tauhu
  4. Mentega kacang
  5. Seitan

Sebagai tips tambahan bagi yang mahu menerapkan amalan vegan. Tidak kira resepi, tips atau restoran untuk dikunjungi, pempengaruh makanan @thekampungvegan di TikTok tidak leka mengajar tentang gaya hidup vegan. Elliz banyak mengubah resepi Melayu sebagai vegan, termasuklah video rendang cendawannya yang menerima setengah juta tontonan.

@thekampungvegan Rendang Tok but vegan 🌱 Recipe 👇 Contrary to popular belief, there are plenty of Malaysian vegans out there enjoying our local food just as we did before turning vegan. Our Raya spread looks the same as any other family, minus the meat! 💛 What makes rendang, rendang is the blend of spices, aromatics and coconut ingredients, which make up 90% of the dish... and whaddya know, they are plant-based already! So, food for thought ✨ 🌙🎆 Vegan Rendang Tok Serves 6 Mushrooms: 1kg shiitake mushrooms (caps and stems) 1.5 litres water 3 tsp salt or to taste - Roughly chop mushroom caps and boil along with stems until all the water evaporates. About 1 hour. Set aside to cool. - Marinate in the following spice blend and aromatic paste for 1 hour or longer in the fridge: Blend to a powder - 3 tbsp coriander seeds, toasted 2 tbsp fennel seeds, toasted 2 tbsp cumin seeds, toasted 1 tbsp black pepper, toasted Blend to a paste - 10 red onions 8 cloves garlic 15g dried chilies, soaked 4 lemongrass 2 inch ginger 1.5 inch galangal (lengkuas) 2 candlenuts (buah keras) Rendang: 1/2 - 1 cup of vegetable oil 1 cinnamon stick 2 star anise 4 cloves 6 cardamom pods 20g gula melaka (palm sugar) 3 tbsp kerisik (toasted coconut paste) 500ml coconut milk 1 vegetable stock cube Salt to taste 1 turmeric leaf, sliced thinly Method - 1. Add cinnamon, star anise, cloves and cardamom into the pot with vegetable oil. Once fragrant, add the marinated mushrooms. 2. Cook while stirring occasionally until the oil starts to separate or pecah minyak. 3. Add seasonings and coconut milk. 4. Cook on medium low heat, stirring often to ensure it doesn't stick to the bottom. 5. Once the coconut milk has mostly evaporated, add kerisik and gula melaka. 6. Cook for a few more hours until dry and blackened. 7. Finish off with sliced turmeric leaf. 8. Serve with lemang (sticky rice in bamboo) or ketupat. Enjoy! . . . . . #thekampungvegan #rendangtok #veganrendang #veganraya #rendangraya #vegansinmalaysia #inspirasiraya ♬ original sound - The Kampung Vegan - Elliz (The Kampung Vegan)
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down