LANGGAN

Volvo EX90 Membawa Wajah Baru SUV Elektrik

Kecekapan electric car dalam bentuk SUV!
Published: September 15, 2026

SUV elektrik semakin menjadi sebahagian daripada perjalanan masa kini. Tetapi Volvo EX90 hadir dengan pendekatan yang sedikit berbeza. Sebagai SUV flagship elektrik tujuh tempat duduk, ia menggabungkan ruang yang besar, teknologi moden dan suasana kabin yang tenang tanpa kelihatan terlalu berlebihan. 

Kecekapan Dalam Keselamatan

Apabila masuk ke dalam EX90, perkara pertama yang akan dirasai adalah bagaimana teknologi memainkan peranannya tanpa mengganggu pengalaman pemanduan. Sistem keselamatan menggunakan gabungan radar, sensor dan sensor ultrasonik untuk membaca keadaan di sekeliling kenderaan. 

Di dalam kabin, sensor inframerah turut memantau keadaan pemandu bagi mengesan gangguan perhatian atau keletihan. Ada juga sistem yang boleh mengesan pergerakan kecil penumpang dalam kabin. Semuanya bekerja di latar belakang untuk membantu menjadikan perjalanan lebih selamat, terutama sekali ketika membawa keluarga.

EX90 turut hadir dengan Pilot Assist dan Park Pilot Assist generasi baru yang membantu ketika memandu serta meletakkan kenderaan. Teknologi ini menjadikan SUV sebesar EX90 sedikit lebih mudah dikendalikan dalam situasi harian.

Kuasa Di Dalam 

Di sebalik saiznya, EX90 mempunyai prestasi yang agak mengejutkan. Sistem Twin Motor All-Wheel Drive menghasilkan 680 hp dan 870 Nm tork, membolehkan SUV ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.2 saat.

Dengan menggunakan bateri 106 kWh dengan jarak perjalanan sehingga 617 kilometer untuk sekali pengecasan berdasarkan WLTP. Sistem 800-volt pula membolehkan pengecasan pantas sehingga 350kW, dengan pengecasan 10 hingga 80 peratus mengambil kira-kira 22 minit dalam keadaan yang sesuai.

Teknologi Baru Automobil  

Sebagai sebuah kenderaan yang banyak bergantung pada perisian, fungsi tertentu boleh ditambah baik melalui kemas kini over-the-air.

Komputer NVIDIA DRIVE AGX Orin mengurus pelbagai perkara di sebalik tabir, termasuk sistem keselamatan, sensor dan pengurusan bateri. Jadi, pengalaman menggunakan EX90 tidak semestinya kekal sama seperti ketika pertama kali memilikinya.

Di bahagian infotainmen, skrin tengah 14.5 inci memberikan akses kepada Google Assistant, Google Maps dan Google Play Store. Paparan pemandu 9 inci dan head-up display pula memastikan maklumat penting kekal mudah dilihat tanpa terlalu mengalih perhatian.

Reka Bentuk Nordic 

Reka bentuk EX90 tidak terlalu futuristik. Sebaliknya, Volvo memilih permukaan yang lebih bersih, bentuk badan yang kemas dan beberapa elemen aerodinamik untuk menghasilkan rupa yang sederhana tetapi premium.

Manakala di bahagian dalam pula kemasan Nappa leather, elemen kayu semula jadi dan bumbung electrochromic memberikan rasa lebih tenang, sementara sistem audio Bowers & Wilkins melengkapkan pengalaman sepanjang perjalanan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down