BMW Group Malaysia melancarkan tiga model baharu menerusi prinsip Power of Choice iaitu BMW iX xDrive60 M Sport Pro, BMW iX xDrive45 Sport dan BMW X5 xDrive40i M Sport.
Kesemua model tersebut dipasang siap di Malaysia dan membuktikan komitmen BMW terhadap pasaran negara kita.
Pengarah Urusan BMW Malaysia, Benjamin Nagel menyatakan bahawa fokus mereka bukan sahaja terhadap kemewahan, tetapi kini menawarkan lebih kebebasan. Setiap pelanggan hari ini bebas memilih enjin berteknologi elektrik atau pembakaran dalaman.
Tambahan lagi, gabungan kelestarian inovasi dan lebih 50 tahun perniagaan memperkukuhkan lagi jenama utuh mereka sebagai simbol kemewahan premium.
Dua model BMW iX yang diperkenalkan tampil dengan reka bentuk lebih sporty, prestasi mengagumkan, serta teknologi terkini. Menariknya, model iX xDrive60 mampu menawarkan kuasa sehingga 544 hp dan jarak pemanduan mencecah 701 km. Sementara iX xDrive45 pula berkuasa 408 hp dengan jarak 602 km.
Kedua-dua model jenis eletrik ini juga menyokong pengecasan pantas dan hadir dengan kabin mewah serta ciri keselamatan yang ketat!
Selanjutnya, model BMW X5 xDrive40i M Sport pula hadir dengan gril ikonik bercahaya, lampu LED nipis dan gaya lebih dinamik. Dikuasakan juga dengan enjin mild-hybrid 3.0L enam silinder sebaris. SUV ini terbukti mampu menjana 381 hp dan 540 Nm tork, serta memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 5.4 saat.
Untuk pemanduan lebih pintar, kesemua model baharu dilengkapi BMW Digital Key Plus, di mana pengguna boleh mengakses kenderaan mereka hanya melalui aplikasi. Di samping itu, pilihan warna luaran dan dalaman juga boleh diubah suai mengikut cita rasa.
Program penjagaan eksklusif “Relax. We Care.” turut diperkenalkan merangkumi pemantauan kenderaan secara masa nyata, kemas kini perisian atas talian, bantuan kecemasan 24/7, jaminan lanjutan serta pakej servis hingga enam tahun.
Model | Harga (RM) |
BMW iX xDrive45 Sport | 425,800 |
BMW iX xDrive60 M Sport Pro | 487,800 |
BMW X5 xDrive 40i M Sport | 469,800 |
Lebih info, layari www.bwm.com.my