LANGGAN

Carlos Alcaraz Juara Terbuka Australia 2026, Lengkap Career Grand Slam

Carlos Alcaraz Cipta Sejarah
Published: February 2, 2026

Pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz menjulang trofi Terbuka Australia 2026 buat pertama kali dan mencipta sejarah sebagai pemain termuda melengkapkan Career Grand Slam.

Sejarah tercipta di Melbourne, Australia. Pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz menjuarai Australian Open 2026 buat pertama kali selepas menewaskan bekas juara sebanyak 10 kali, Novak Djokovic pada acara perlawanan akhir lelaki. Ini merupakan kemunculan final pertama buat pemain Sepanyol itu selepas memenangi enam gelaran Grand Slam sebelum ini.

Bintang berusia 22 tahun itu turut mencipta sejarah sebagai pemain termuda melengkapkan Career Grand Slam dengan kemenangan ini. Selepas dia menjulang trofi Roland Garros dan Terbuka Amerika Syarikat pada tahun lepas. Dia juga memiliki dua gelaran Wimbledon pada edisi sebelumini. Lantas mengangkatnya sebagai pemain termuda memilik tujuh gelaran Major di Open Era.

Perlawanan final antara Carlos dan Novak berlangsung empat-set dan mengambil masa lebih tiga jam di Rod Laver Arena. Carlos juga merupakan yang pertama menewaskan Novak pada final Terbuka Australia. Secara keseluruhan, pemain Serbia itu memilik 24 gelaran Grand Slam.

Bintang Thailand,  BamBam selaku duta Louis Vuitton bersama legenda tenis, Jennifer Capriati mempersembahkan trofi Daphne Akhurst Memorial Cup di dalam Louis Vuitton Trophy Trunk ketika final kategori wanita. Pemain Kazakhstan, Elena Rybakina menewaskan pemain wanita nombor satu dunia, Aryna Sabalenka untuk menjulang trofi Grand Slam keduanya.

Duta Louis Vuitton, Carlos Alcaraz turut menjulang trofi Norman Brookes Challenge Cup yang dipersembahkan di dalam Louis Vuitton Trophy Trunk. Trofi ikonik itu dipersembahkan oleh duta jenama, Chloë Grace Moretz bersama legenda tenis, Marat Safin.

Foto: Instagram Australian Open

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down