LANGGAN

Pelayaran Trans-Atlantik Louis Vuitton Oleh Pharrell Williams

It’s not about the destination, it’s about the journey.
Published: May 20, 2025

Louis Vuitton merenangi lautan benua dari kota Paris ke Miami dengan mempersembahkan koleksi pra-luruh 2025 Menswear oleh Pharrell Williams.

Bercuti nan mewah di atas kapal pelayaran ataupun meluncur laju dalam kereta sports. Pengembaraan itu bukan hanya semata-mata menuju ke destinasi akhir. Ia merupakan penceritaan pengembara moden yang mengangkat tradisi sebenar, seperti penggayaan fesyen yang rapi dalam transit rentas-atlantik. 

Untuk musim pra-luruh 2025, Louis Vuitton melalui Pengarah Kreatif Menswear, Pharrell Williams memperkenalkan koleksi pakaian dan aksesori yang mengaklimatisasikan kepada gaya yang baharu. Dari pengembaraan stail kepada detik ketibaan yang formal, ia mengeksplorasi ajnas kemungkinan yang tersendiri.

Pelayaran Paris ke Miami

Bahtera pelayaran Louis Vuitton Fall-Winter 2025 Men’s Pre-Collection oleh Pharrell Williams bermula dengan menrentasi lautan benua dari Eropah ke Amerika Syarikat. Mengembalikan era keemasan percutian trans-Atlantik dengan menaiki kapal persiaran dan desiran kegemilangan Miami Beach. Rekaan kali ini membawakan susur galur dandy dressing core kepada sentuhan rekaan label. 

Suntikan energi melalui lensa kontemporari, evolusi kreatif diterjemahkan dengan mengambil kira kod penggayaan percutian dari satu dimensi kepada dimensi yang lain. Transisi merentas lautan ini mengilustrasikan falsafah LVERS yang menjadi asas kepada Louis Vuitton Studio Pret-a-Porter Homme. 

Transit Rekaan Pelayaran

Paten sampan-sampan kecil mengemudi mainan cetak Monogram Regatta. Ia boleh dilihat pada windbreaker nilon dalam warna biru dan putih yang menjadi motif musim lambang kelasi nan ikonik. Perkasasan aksesori kulit pula menyuntik karakter cruise-liner dan persekitaran hotel yang metransitkan seni rekaan musim ini. Motif Monogram Heritage juga dilantangkan pada beg kanvas inspirasi kelasi yang diserikan bersama charm kunci hotel. 

Gear dan Gems

Perhiasan kemas dan aksesori kasut turut sama diperkenalkan dengan membawakan semangat dandy trans-atlantik dalam kod pemakaian pelayaran serta elemen pantai yang santai. Topi beret kelasi diperincikan dengan tali dan pinstripes, malah boleh sama disaksikan pada topi baseball denim berbutangkan mutiara. LV Scala yang merupakan kasut loafer menampilkan logo metal yang herot-benyot, menggunakan material kulit berkilat yang turut menampilkan versi bersama sentuhan rafia pada vamp kasut. 

Photographer : Rosie Marks

Videographer : Gregoire Dyer 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down