LANGGAN

Garmin Celebrates Lokal Bersama Izzati Suza

Mengangkat semangat Malaysia melalui seni, gerakan dan komuniti
Published: August 17, 2026

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Garmin Malaysia tampil dengan Garmin Celebrates Lokal. Sebuah kempen yang meraikan wajah Malaysia melalui seni, kreativiti, komuniti dan gaya hidup aktif.

Namun, kempen ini bukan sekadar tentang kecergasan. Kempen ini mahu mengajak rakyat Malaysia melihat pergerakan dalam konteks yang lebih dekat dengan kehidupan seharian. Daripada rutin harian, aktiviti luar, berjalan kaki di sekitar bandar sehinggalah kepada pengalaman bersama komuniti.

Seni Tempatan, Cerita Malaysia

Antara tarikan utama kempen ini ialah kolaborasi Garmin bersama artis tempatan, Izzati Suza. Dikenali menerusi ilustrasi berinspirasikan doodle yang penuh warna, humor dan karakter. Karya Izzati sering mengangkat sisi kehidupan rakyat Malaysia yang dekat dengan kehidupan seharian.

Gabungan pop art, karikatur dan elemen budaya tempatan menjadikan karya beliau cukup unik dalam menggambarkan identiti, pengalaman wanita serta momen-momen kecil yang biasa dilalui masyarakat Malaysia.

Menerusi kolaborasi ini, jenama ini dan Izzati Suza menghasilkan koleksi barangan eksklusif berinspirasikan Malaysia, selain memperkenalkan watch face edisi terhad Garmin Celebrates Lokal.

Bergerak Mengikut Cara Sendiri

Apa yang menarik tentang Garmin Celebrates Lokal ialah pendekatannya terhadap gaya hidup aktif. Tidak semua orang mempunyai rutin atau minat kecergasan yang sama, dan kempen ini meraikan kepelbagaian tersebut.

Bagi sesetengah individu, bergerak mungkin bermaksud melakukan senaman. Bagi yang lain, ia boleh hadir dalam bentuk trail running, berjalan kaki di bandar, yoga atau sekadar meluangkan masa melakukan aktiviti bersama rakan dan komuniti.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down