George Town Literary Festival (GTLF 2026), festival khusus berfokus sastera antarabangsa terkemuka kembali lagi untuk edisi ke-16. Ia bakal berlangsung pada 27 - 29 November 2026 tahun ini. Berlokasi di George Town, Pulau Pinang sekali lagi, ia merupakan lokasi yang menjadi bandar sah Warisan Dunia oleh UNESCO.

Tahun ini, penganjur mengangkat tema 'Cosmopolises'. Dalam bahasa jelasnya, edisi tahun ini menelusuri pengusahaan tamadun sesebuah kota yang terbentuk melalui pertemuan manusia, bahasa, budaya, kepercayaan dan sejarah. Dalam hal ini, kota dilihat bukan sekadar titik di atas peta yang ditentukan oleh sempadan, bangunan pencakar langit atau angka populasi. Sebaliknya merupakan ruang pertemuan yang mempertemukan pelbagai perbezaan masyarakat dan untuk sama-sama mencipta pengalaman hidup bersama.
Selanjutnya, dalam konteks ini walaupun identiti kota boleh berubah mengikut hubungan dan pertukaran komunikasi antara manusia, bahasa tetap berkembang, adat menyesuaikan diri dan ingatan masih terus dibawa merentasi sempadan. Makanan serta ritual harian termasuk amalan harian menjadi sebahagian daripada cara sesebuah budaya diwariskan. Ia juga dibentuk semula daripada satu generasi ke generasi berikutnya. Inilah konsep kebersamaan yang ingin ditekankan pada sesebuah kota 'cosmopolises' tahun ini.
Acara ini juga berlangsung ketika dunia semakin menyaksikan sempadan yang 'keras' dan identiti masyarakat kini yang semakin dipersoalkan. Maka tema Cosmopolises ditaut mengajak pengunjung festival melihat semula bagaimana ruang acara digunakan sebaik mungkin bersama-sama untuk membina kehidupan seharian. Hal ini dapat dilakukan menerusi sastera, terjemahan, sejarah dan budaya makanan. Secara jelas lagi, setiap acara di festival ini dianjurkan untuk menelusuri idea tentang kewujudan bersama manusia sebagai satu proses yang tidak pernah benar-benar selesai, boleh bersifat rapuh, kompleks dan sememangnya manusiawi.


Program GTLF 2026 merangkumi pelbagai bentuk pengalaman untuk pembaca, penulis, pengunjung dan orang ramai. Terdapat beberapa sesi acara seperti sastera hingga aktiviti untuk segenap generasi pengunjung.
Sastera
Sesi Fiction, Non-fiction dan Poetry menghimpunkan karya serta suara penulis daripada pelbagai latar dan perspektif.
Program & Aktiviti
Special Events dan Workshops menawarkan ruang untuk perbincangan, perkongsian idea serta penglibatan yang lebih dekat. Seksyen ini khusus kepada dunia penulisan dan kesusasteraan.
Kanak-kanak
Segmen Children’s membawa pengalaman festival kepada pembaca muda menerusi program yang direka khusus. Ia adalah untuk memperkenalkan mereka kepada cerita rakyat, buku dan kreativiti.
Program Sampingan
Fringe Events dan Film meluaskan pengalaman GTLF ke luar program utama. Ia merangkumi acara sampingan serta tayangan filem yang melengkapkan tema festival.
Pusat utama festival tertumpu di sepanjang Gat Lebuh China dengan pelbagai acara turut berlangsung di beberapa lokasi sekitar George Town. Antara venue utama ialah: