LANGGAN

M Social Resort Penang Raikan Hari Bapa Dengan Lebih Bermakna

Bufet, British Pool & Island Escape yang Meriah!
Published: May 23, 2025

Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba, M Social Resort Penang mengalu-alukan kehadiran keluarga yang ingin menikmati satu pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan — penuh dengan cita rasa tempatan yang berani serta hidangan antarabangsa kegemaran ramai. Acara istimewa ini bakal berlangsung di restoran ikonik mereka, Beast & Butterflies, yang terkenal dengan suasana moden dan berwarna-warni.

Menurut Pengurus Besar M Social Resort Penang, Cik Jasmine Keh, “Hari Bapa adalah masa terbaik untuk meluangkan waktu bersama keluarga dan mencipta kenangan bermakna. Kami telah menyediakan sajian yang bukan sahaja lazat, tetapi juga penuh nostalgia dan kegembiraan.”

Restoran Beast & Butterflies

Bufet Istimewa Hari Bapa

Jamuan bufet istimewa ini akan disajikan pada 15 Jun 2025 bermula dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang. Sesiapa yang hadir bakal menikmati pelbagai hidangan menggoda termasuk makanan laut segar, pilihan daging panggang, stesen masakan yang menggiurkan serta pencuci mulut yang mewah!

Bufet ini ditawarkan pada harga RM108.00 nett untuk dewasa, manakala kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas menikmati diskaun 50%. Kanak-kanak di bawah 5 tahun pula makan secara percuma. Setiap bapa juga akan menerima cenderahati eksklusif sebagai tanda penghargaan.

Pelbagai pilihan makanan laut untuk anda!
Antara menu yang lain - Black Pepper Prawn

Pertandingan British Pool di Breezy Bites

Bagi menambah seri sambutan, satu pertandingan British Pool yang santai dan mesra akan berlangsung pada jam 2:30 petang, khas untuk para bapa yang menjamu selera di bufet Hari Bapa. Terhad kepada 12 peserta sahaja, pertandingan ini akan berlangsung atas dasar ‘siapa cepat, dia dapat’. Pemenang utama akan membawa pulang percutian 2 hari 1 malam di resort ini termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Terdapat juga hadiah menarik untuk naib juara dan tempat ketiga.

Breezy Bites

Pakej Island Escape – Penang Stay & Feast

Bagi mereka yang ingin memanjakan insan tersayang dengan lebih istimewa, M Social Resort Penang turut memperkenalkan pakej 'Island Escape – Penang Stay & Feast' bermula dari RM888++ untuk dua orang. Pakej eksklusif dua malam ini menawarkan penginapan di bilik Social Cozy (pilihan katil king atau twin) di sayap Sunset Bay dan sarapan pagi untuk dua orang di Beast & Butterflies.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari laman web rasmi M Social Resort Penang hari ini!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down