Dalam era moden yang serba pantas, lelaki hari ini semakin mengambil berat tentang kesihatan dan kecergasan. Namun, persoalan yang sering timbul ialah, adakah lebih baik bersenam di gym atau melakukan aktiviti luar? Setiap pilihan mempunyai kelebihan tersendiri. Jom baca perbandingan dari pelbagai sudut.
Gym:
Kelebihan utama gim adalah kemudahannya. Dengan keahlian bulanan, anda mempunyai akses kepada pelbagai jenis peralatan, dari treadmill hingga weighlift. Selain itu, gym juga menyediakan suasana terkawal dan selesa tanpa mengira cuaca.
Aktiviti Luar:
Berlari di taman, hiking di bukit atau berbasikal di jalan terbuka memberi anda kebebasan untuk memilih lokasi dan masa. Namun, ia sangat bergantung kepada cuaca dan keselamatan kawasan.
Gym:
Kebanyakan gym moden menawarkan kelas seperti HIIT, spinning dan latihan kekuatan yang membolehkan anda mencuba pelbagai rutin. Namun, suasana tertutup kadang-kadang boleh terasa membosankan bagi sesetengah individu.
Aktiviti Luar:
Tiada yang mengalahkan pemandangan semula jadi sambil mendaki atau berlari di tepi tasik. Ia memberi pengalaman baru dan lebih menyegarkan dari segi mental.
Gym:
Latihan di gym boleh memberikan fokus dan konsistensi. Ia sesuai untuk lelaki yang sukakan struktur dan rutin. Suasana dalam gym juga boleh memberi semangat apabila dikelilingi oleh individu yang mempunyai matlamat yang sama.
Aktiviti Luar:
Ada yang mengatakan jika bersenam di luar dapat mengurangkan stress, meningkatkan mood dan memberi rasa kebebasan. Pendedahan kepada cahaya matahari dan alam semula jadi juga baik untuk kesihatan mental.
Gym:
Jika anda mahu membina otot, meningkatkan kekuatan atau fokus pada kecergasan spesifik, gim adalah tempat terbaik. Ia membolehkan anda mengawal berat beban, pengulangan dan progres anda dengan lebih sistematik.
Aktiviti Luar:
Untuk lelaki yang lebih fokus kepada stamina, daya tahan dan gaya hidup aktif secara umum, aktiviti luar adalah pilihan terbaik. Ia juga lebih mesra bajet dan fleksibel.