LANGGAN

T.O.P Big Bang Bakal Hadir dengan Album Solo Pertama

Bekas anggota kumpulan K-pop ikonik Big Bang T.O.P disahkan bakal membuat kemunculan semula lewat album solo terbarunya sekaligus menandakan 12 tahun sejak pelancaran single digitalnya, “Doom Dada”.
Published: October 7, 2025

Kembalinya Seorang Ikon

Menurut laporan The Korea Herald bertarikh Selasa (30 September) T.O.P Big Bang telah menyelesaikan proses rakaman untuk albumnya. Seterusnya dia kini sedang dalam perancangan konsep video muzik tersebut pula.

Menariknya, untuk produksi video muzik ini, T.O.P akan berkolaborasi dengan pengarah seni terkenal dari siri popular Squid Game, Chae Kyoung-sun. Sebelum ini, pengarah tersebut juga turut terlibat dalam projek Squid Game musim kedua.

Album tersebut T.O.P itu dijangka akan dilancarkan sekitar Oktober atau bulan selepasnya sebelum akhir tahun dan kerjasama ini dijangka membawakan visual yang unik, artistik dan berkelas tinggi. Segala gambaran ini sekaligus memperkuatkan identiti T.O.P sebagai seorang artis yang sentiasa tampil dengan konsep luar jangka.

Petunjuk Awal Kemunculan Semula

Sebelum ini, T.O.P sudah memberi bayangan tentang kemunculan semulanya menerusi beberapa hantaran di media sosial. Dalam beberapa temu bual terdahulu, beliau juga menyatakan bahawa dirinya bersedia untuk kembali ke dunia muzik selepas berehat panjang daripada industri hiburan.

Solo Selepas Big Bang

Selepas meninggalkan Big Bang dan agensi YG Entertainment, T.O.P memilih untuk bergerak secara bebas tanpa naungan mana-mana syarikat pengurusan tetap. Walaupun beberapa kali dikhabarkan akan menyertai agensi lain, laporan tersebut ternyata tidak benar.

Kemunculan semula ini dianggap sebagai detik penting buat T.O.P dan para peminatnya yang telah lama menanti. Dengan kematangan dan pengalaman baharu yang dibawanya, album ini diharapkan akan menjadi satu karya bermakna dan mendalam, Ininselaras dengan reputasinya sebagai salah seorang rapper dan figura seni paling berpengaruh dalam industri K-pop.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down