LANGGAN

Shades Pilihan G-Dragon Dan Pedro Pascal Musim Ini

Spring Summer 2026 Eyewear
Published: April 19, 2026

CHANEL melancarkan kempen kaca mata terbaharu untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2026 yang membariskan duta-duta jenama termasuk G-Dragon, Pedro Pascal, Nicole Kidman dan ramai lagi. 

g-dragon

Shades atau sunnies merupakan terma estetik buat kaca mata hitam. Cermin mata tanpa kanta serta kaca mata hitam yang berwarna kini kembali menjadi aksesori pilihan untuk melengkapkan gaya terutamanya buat golongan Gen Z.

Untuk kempen kaca mata Musim Bunga/Panas 2026, CHANEL menghimpunkan barisan duta rumah fesyen ikonik itu termasuk Nicole Kidman, G-Dragon, Lily-Rose Depp, Pedro Pascal, dan Ayo Edebiri. Menerusi siri potret yang dirakam oleh Craig McDean, setiap figura mengekspresikan gaya peribadi mereka secara semula jadi dan penuh bermain.

Sebagai aksesori penting dalam wardrobe CHANEL, kaca mata bukan sahaja menonjolkan, malah memberi bayangan kepada identiti pemakai. Ia melengkapkan aura serta menandakan satu sikap tersendiri.

Koleksi ini menampilkan kod-kod ikonik rumah fesyen tersebut. Perincian quilting berlian, tona dua warna, serta logo double C ditafsir semula sebagai signatur yang sama ada subtil atau berani. Kaca mata hitam dihiasi dengan kristal rhinestone, huruf CHANEL, ukiran halus serta rona warna yang hidup.

Satu ekspresi gaya CHANEL yang pelbagai dan dinamik, lebih-lebih lagi atas arahan kreatif Matthieu Blazy selaku Pengarah Kreatif baharu. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down