LANGGAN

JAECOO J5 Mewah Dengan Penawaran Rebat Terbaru

Crossover premium kompak yang menjanjikan pengalaman pemanduan moden.
Published: March 18, 2026

Pasaran SUV kompak premium kini semakin tinggi persaingannya dengan penawaran JAECOO J5. Model terbaru daripada OMODA | JAECOO Malaysia.

Ia telah dilancarkan semula pada harga RM108,000 (atas jalan tanpa insurans). Crossover ini direka khusus untuk pemandu urban moden yang mengutamakan gabungan prestasi, keselesaan dan teknologi canggih.

Majlis pelancaran yang berlangsung di ibu negara disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin. Ini jelas menekankan kepentingan pengeluar automotif negara dalam memperkukuh rantaian bekalan tempatan dan mengintegrasikan PKS ke dalam ekosistem global. Selain itu, pelancaran semula ini turut menekankan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport serantau bagi industri automotif.

Daripada segi prestasi, JAECOO J5 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo empat silinder. Ini bermaksud ia mampu menghasilkan 108 kW (147 PS) dan tork 210 Nm. Dipadankan dengan transmisi CVT pacuan roda hadapan, model ini mencatat penggunaan bahan api gabungan 6.4 liter bagi setiap 100 km. Ini mencapai standard Malaysia Driving Cycle (MDC), sekali gus melayakkannya menerima pensijilan Energy Efficient Vehicle (EEV).

Rekaan dan Keselesaan Premium

Ruang dalaman lima tempat duduk menampilkan kemasan kulit tiruan premium dengan tempat duduk hadapan berpengudaraan. Kapasiti but 480 liter boleh diperluas kepada 1,284 liter apabila tempat duduk belakang dilipat dalam konfigurasi 60:40. Kelebihan ini memberikan fleksibiliti maksimum untuk gaya hidup aktif.

Ciri dalaman lain yang menonjol termasuk bumbung suria panoramik 1.45 m², skrin infotainmen 13.2 inci 2K dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Selain itu tersedia paparan kluster digital lapan inci serta pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan aktif. Bagi pemilik haiwan peliharaan, fabrik dalaman yang diperakui TÜV adalah antibakteria dan tahan calar, menjadikannya praktikal tanpa mengorbankan gaya.

Keselamatan dan Teknologi Canggih

Keselamatan menjadi teras dilengkapi 19 ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2+ termasuk Amaran Perlanggaran Hadapan dan Brek Kecemasan Automatik. Selain itu terdapat sistem Kawalan Jelajah Adaptif Kelajuan Penuh dan Bantuan Kekal Lorong. Sistem kamera pandangan sekeliling 540 darjah definisi tinggi meningkatkan keyakinan ketika parkir dan pemanduan di kawasan sempit.

Promosi Pelancaran

Bersempena pelancaran semula, OMODA | JAECOO Malaysia menawarkan pakej istimewa terhad daripada 5 hingga akhir Mac 2026. Ia merangkumi rebat tunai RM3,000, insurans tahun pertama dan pakej aksesori eksklusif. Semua unit didatangkan dengan jaminan selama tujuh tahun atau sehingga 150,000 km. Tawaran ini juga termasuk empat warna pilihan seperti Zircon Grey, Snowy White, Glacier Blue dan Canyon Black.

Dengan gabungan rekaan futuristik, teknologi premium dan kemampuan pemanduan efisien, JAECOO J5 jelas menempatkan keretanya sebagai pilihan utama. Fokus mereka adalah golongan yang mencari crossover premium kompak yang sesuai untuk gaya hidup urban moden.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down