LANGGAN

Konsepsi ‘Performative Male’ Dalam Gaya Hidup Hari Ini

Adakah maskuliniti hari ini bukan lagi tentang dominasi, tetapi cara ia dipersembahkan?
Published: August 7, 2025

Cuba bayangkan seorang lelaki duduk sendirian di sebuah kafe hipster, menghirup matcha sambil membaca buku sastera feminis. Pakaiannya? Kemeja saiz besar berpotongan boxy dipadankan stokin putih, kasut loafer hitam, lengkap dengan fon telinga berwayar. Mungkin juga senarai main Spotify-nya sedang memutarkan lagu Clairo atau Laufey secara rawak. Cukup menggambarkan persona performative male, bukan?

@flolerigolol

performative male #humor Recorded after the performative male contest in KL botanical garden.

♬ original sound - flolerigolo - flolerigolo

Apakah Maksud Performative Male?

Istilah maya ini merujuk kepada lelaki yang kelihatan cakna dari segi sosial dan emosi, peminat seni, pembaca buku feminis, penggemar latte atau matcha dan mempunyai fesyen estetik. Namun, semua itu mungkin sekadar personaliti luaran atau sosial media. Sering kali dilakukan demi meraih validasi, terutamanya daripada wanita atau gender sejenis.

Namun, ini bukan soal penampilan semata-mata. Konsep performative male sangat berkait dengan cara seseorang “memainkan” peranan jantina. Teori “doing gender” oleh Candace West dan Don Zimmerman (1987) menyatakan bahawa jantina bukan sesuatu yang semula jadi, tetapi satu aksi sosial. Dalam erti kata lain: nurture, not nature. Lelaki “menonjolkan” maskuliniti mengikut norma masyarakat, bukan kerana mereka dilahirkan sebegitu.

Maka, tidak pelik jika performative male muncul sebagai respons terhadap tekanan gaya hidup generasi kini. Cerminan media sosial dan pembentukan peribadi lelaki moden.

Dari Kendall Roy ke Taman Paramount

Bagi peminat siri Succession, watak Kendall Roy tepat sebagai performative male. Kononnya memperjuangkan keadilan sosial dan isu persekitaran termasuk cubaan menjatuhkan empayar bapanya atas sebab moral. Namun masih hidup dalam kekayaan dan keistimewaan yang menentang segala prinsip yang diperjuangkan. Woke, tetapi sekadar window dressing.

Di Malaysia, fenomena ini dapat dilihat pada lelaki urban yang gemar melepak di kafe sekitar Taman Paramount, RexKL, APW atau The Zhongshan Building. Bukan sahaja berbual tentang filem indie dan buku puisi kontemporari, tetapi juga tampil sebagai sekutu feminism; sekurang-kurangnya secara visual.

Tetapi… Ini Bukan Fenomena Baharu

Fenomena performative male bukan sesuatu yang baharu. Istilahnya mungkin semakin popular, tetapi perilakunya sudah lama wujud, berubah rupa mengikut peredaran masa.

Ketika era feminisme gelombang kedua sekitar 1970-an, wujud golongan lelaki yang mengaku menyokong gerakan wanita, tetapi hanya mahu kelihatan baik atau disenangi wanita sahaja. Mereka bercakap soal emansipasi, tetapi masih melakukan mansplaining, love bombing dan mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab emosi.

Menjelang tahun 90-an dan awal 2000-an, muncul pula watak sad boys. Lelaki bohemian yang suka berpuisi, mendengar muzik eksperimental dan kelihatan ‘misteri’ atau ‘tersakiti’. Namun di sebalik itu, tetap bersifat toksik dan manipulatif. Filem seperti Reality Bites dan High Fidelity menjadi rujukan naratif ini.

Semua ini adalah akar kepada gaya performative male hari ini. Cumanya dalam dunia moden ia lebih berstruktur dan dipersembahkan secara estetik; seperti dari matcha ke novel The Bell Jar.

Estetik, Simbolik atau Sekadar Gimik?

Di TikTok, trend ini semakin jelas. Mereka sering tampil dengan buku sastera klasik (Sylvia Plath atau lebih klasik Haruki Murakami) dan tentunya duduk di kafe hipster menikmati manual brew.

Ungkapan seperti "Being emotionally available is the new sexy" sering menjadi kata-kata mereka. Ia satu usaha menyesuaikan diri dengan female gaze. Yakni pandangan wanita terhadap lelaki dengan penonjolan ciri empati, kepekaan emosi dan wokeness yang kelihatan ideal.

Namun satu persoalan timbul: adakah kepekaan ini tulus atau sekadar cara baharu untuk tampil relevan?

Dari Ruang Maya ke Taman Botani KL: Poser atau Peduli?

Realitinya, sisi performative male ini semakin terserlah di acara-acara terbuka yang dikatakan meraikan kesedaran sosial. Mengambil contoh acara yang berlangsung di Taman Botani Kuala Lumpur (27 Julai 2025). Satu acara tidak rasmi yang disifatkan sebagai ruang “ekspresi maskuliniti progresif”.

Di sinilah berkumpulnya lelaki berfesyen serupa. Mereka berbaju boxy, berseluar baggy, membawa tote bag kosong (kerana tiada isi—secara harfiah dan simbolik) dan mempunyai rantai kunci Labubu yang diminati bukan kerana maknanya, tapi cukup sebagai “estetik”. Bila ditanya mengenai patriarki atau politik gender? Senyap membungkam. Topik perbualan seringkali bertukar menjadi rilisan vinyl terbaru atau outfit of the day.

Poser is the new personality!” kata salah seorang pengunjung secara sinis. Ia cukup menggambarkan bagaimana budaya ‘nampak tahu’ lebih penting daripada benar-benar memahami. Fenomena ini menunjukkan bahawa performative male bukan sahaja wujud di media sosial, tetapi juga dalam ruang gaya hidup, pemilihan aksesori dan ketidaktulusan pendirian.

Jadi… Adakah Performative Male Ini Buruk?

Konsep ini bersifat konvensional. Ia boleh dilihat sebagai bentuk false allyship—iaitu sokongan palsu yang hanya bersifat estetik. Ia tidak membantu perubahan struktur sosial, malah kadangkala mengekalkan status quo yang seksis. Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi bentuk manipulasi sosial yang halus di mana lelaki menggunakan imej “feminist-friendly” untuk mendapatkan kuasa, bukan menstruktur kuasa.

Namun, tidak adil untuk menyamaratakan semua individu. Mungkin benar, ada antara mereka hanya mahu kelihatan approachble. Tapi tidak mustahil juga ada yang benar-benar menyelami buku-buku feminis itu sendiri. Mungkin ada jga yang benar-benar berusaha menjadi individu yang lebih sedar dan bertanggungjawab secara emosi.

Ruang Untuk Bertumbuh

Mungkin kita perlu beri mereka ruang, terutamanya generasi muda.

Tidak semua lelaki yang membawa novel The Bell Jar di kafe itu berniat untuk berpura-pura. Sebahagian besar mungkin benar-benar sedang mencari diri, belajar dan sedang berusaha menjadi lebih baik. Sama ada ini sekadar gimik untuk memuaskan algoritma layout instagram atau langkah awal ke arah kesedaran sebenar—biarlah masa dan tindakan yang membuktikan!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down