LANGGAN

Lewis Hamilton Raikan Akar Warisan RIMOWA Di Cologne

Kehadiran juara dunia Formula 1 yang mencuri perhatian di butik flagship RIMOWA
Published: May 20, 2026

Bukan asing lagi melihat Lewis Hamilton berada di barisan hadapan dunia fesyen dan kemewahan global. Selain dikenali sebagai salah seorang pelumba Formula 1 paling berpengaruh sepanjang zaman, Hamilton turut membina identiti sebagai figura budaya moden. Namanya juga cukup dekat dengan dunia seni, muzik dan travel luxury.

Acara eksklusif itu menyaksikan Hamilton kembali menjadi tumpuan, bukan di litar perlumbaan tetapi dalam suasana yang lebih intimate. Ia meraikan warisan maison ikonik itu yang telah membentuk dunia travel craftsmanship sejak lebih satu abad lalu. Sebagai duta global RIMOWA, kehadiran Lewis Hamilton turut melambangkan hubungan antara mobiliti moden, inovasi dan ekspresi peribadi. Nilai-nilai ini kini menjadi identiti utama jenama tersebut.

Lewis Hamilton

Sebuah Ruang Yang Menghidupkan Semula Sejarah

Butik flagship baru RIMOWA ini terletak berhampiran mercu tanda terkenal Kölner Dom. Lokasinya juga hanya beberapa langkah dari bengkel asal jenama itu yang dibuka lebih satu abad lalu. Dengan keluasan hampir 500 meter persegi, ruang ini direka sebagai penghormatan kepada sejarah panjang RIMOWA dalam dunia travel luxury serta inovasi reka bentuk.

Direka bersama studio kreatif Meiré & Meiré, butik ini menggabungkan seni bina klasik dengan elemen moden yang minimal dan sofistikated. Daripada tangga utama berwarna hijau Brückengrün hinggalah kepada ruang pameran arkib eksklusif, semuanya dibina untuk mencipta pengalaman yang lebih emosional dan mendalam buat pengunjung.

Sentuhan Peribadi Lewis Hamilton

Antara momen paling menarik tentunya apabila RIMOWA memperkenalkan program eksklusif ‘Crafted-for-You’. Sebuah servis custom-made yang membolehkan pelanggan mereka bagasi aluminium klasik mengikut gaya dan keperluan sendiri. Untuk projek pertama di bawah program tersebut, maison itu menghasilkan bespoke vinyl case khas buat Hamilton yang diinspirasikan daripada kecintaannya terhadap muzik.

Pilihan itu terasa cukup signifikan. Dalam dunia yang semakin mengutamakan personal expression, RIMOWA jelas memahami bahawa bagasi hari ini bukan lagi sekadar aksesori perjalanan tetapi sebahagian daripada identiti seseorang. Hamilton sendiri selama ini dikenali dengan gaya peribadi yang berani, artistik dan sentiasa autentik menjadikan kolaborasi ini terasa cukup natural.

RIMOWA Mendefinisikan Semula Erti Perjalanan Moden 

Lebih daripada sekadar pembukaan butik baharu, acara ini turut memperlihatkan bagaimana RIMOWA terus berkembang sebagai simbol modern luxury mobility. Dari trunk vintaj awal abad ke-20 hinggalah kepada rekaan aluminium beralun ikonik yang menjadi identiti jenama hari ini, RIMOWA membuktikan bahawa warisan dan inovasi boleh bergerak seiring.

Dengan Lewis Hamilton sebagai wajah utama kepada perjalanan itu, RIMOWA berjaya membawa naratif yang lebih moden, relevan dan dekat dengan generasi global masa kini. Satu perjalanan yang bukan hanya tentang destinasi tetapi juga tentang bagaimana seseorang memilih untuk bergerak melalui dunia.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down