LANGGAN

Mercedes-Benz CLA 250+ Electric Membawa Perjalanan Baru

Rekaan, keselesaan dan prestasi.
Published: September 17, 2026

Setiap perjalanan mempunyai ceritanya sendiri. Kali ini, Mercedes-Benz CLA 250+ Electric menjadi sebahagian daripada perjalanan yang memperlihatkan bagaimana sebuah kenderaan elektrik boleh hadir dengan gabungan gaya, prestasi dan teknologi dalam satu pakej. Sebagai model serba baru Mercedes-Benz, CLA 250+ Electric tampil dengan rekaan yang lebih moden, pengalaman pemanduan yang responsif serta teknologi yang direka untuk menjadikan setiap perjalanan lebih mudah.

Dari Jalan Bandar Ke Lebuh Raya

Di atas jalan, CLA 250+ Electric terasa cukup bertenaga tanpa mengorbankan keselesaan. Sistem transmisi dua kelajuan pada gandar belakang membantu memberikan pecutan pantas ketika di bandar sebelum memberikan pemanduan yang lebih lancar dan cekap apabila berada di lebuh raya.

Dengan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dan jarak perjalanan sehingga 792 kilometer mengikut WLTP, perjalanan jauh terasa lebih meyakinkan. Sama ada melalui jalan bandar yang sibuk atau lebuh raya yang panjang, CLA 250+ Electric memberikan pengalaman yang seimbang antara prestasi dan kecekapan.

Sistem Pengecasan Yang Terbaik 

Untuk sebuah kereta elektrik, pengecasan menjadi antara perkara yang penting ketika merancang perjalanan. CLA 250+ Electric hadir dengan sistem 800 volt dan menyokong pengecasan DC sehingga 320 kW.

Boleh dikatakan hanya 10 minit pengecasan boleh menambah jarak perjalanan sehingga 325 kilometer. Ia memberikan lebih fleksibiliti terutama ketika perjalanan jauh yang memerlukan hentian singkat sebelum meneruskan perjalanan.

Mercedes-Benz Yang Kini Lebih Pintar

Masuk ke dalam kabin, perkara pertama yang mencuri perhatian ialah MBUX Superscreen yang merentasi papan pemuka. Paparan besar ini menggabungkan skrin pemandu 10.25 inci bersama skrin tengah dan penumpang berukuran 14 inci.

Lebih menarik, CLA 250+ Electric menggunakan Mercedes-Benz Operating System atau MB.OS. Sistem ini menjadi pusat kepada pelbagai fungsi kenderaan  daripada infotainmen dan keselesaan sehingga pemanduan dan pengecasan. Kemas kini perisian juga boleh dilakukan secara over-the-air, menjadikan pengalaman penggunaan sentiasa boleh dipertingkatkan.

Salah satu ciri yang menarik perhatian ialah MBUX Virtual Assistant. Hanya dengan menyebut “Hey Mercedes”, kita boleh berinteraksi dengan sistem menggunakan bahasa yang lebih natural.

Dengan bantuan kecerdasan buatan daripada Google dan Microsoft, sistem ini boleh menjawab soalan, memahami soalan susulan dan memberikan respons berdasarkan konteks perbualan. Ia menjadikan interaksi bersama kereta terasa lebih mudah dan tidak terlalu formal.

Sistem navigasi pula menggunakan Google Maps dengan pengalaman antaramuka Mercedes-Benz. Untuk pemanduan elektrik, ia turut membantu dalam merancang laluan yang mengambil kira keperluan pengecasan.

Ruang Dalam dan Rekaan Yang Lebih Menarik

Rekaan luar CLA 250+ Electric menampilkan siluet fastback yang kemas dan sporty. Bahagian hadapan pula tampil lebih berani dengan panel bercahaya yang dihiasi corak bintang Mercedes-Benz, memberikan identiti yang mudah dikenali.

Di dalam, bumbung panoramik memberikan lebih banyak cahaya dan menjadikan kabin terasa lebih terbuka. Ruang dalaman juga lebih luas. Manakala tempat duduk AMG Line dengan kemasan ARTICO dan MICROCUT memberikan sentuhan sporty yang selari dengan karakter keseluruhan kereta.

Menariknya, beberapa material dalaman turut menggunakan bahan kitar semula, memperlihatkan usaha Mercedes-Benz untuk membawa elemen ketahanan ke ruang dalam kabin.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down