LANGGAN

Kia Membina Semula Kepercayaan Pengguna Di Malaysia

Inisiatif yang membina semula hubungan bersama pelanggan
Published: May 19, 2026

Kesetiaan terhadap sesebuah jenama automotif hari ini tidak lagi bergantung sepenuhnya pada produk yang dipandu keluar dari bilik pameran. Kia kini dilihat sedang memberi perhatian lebih serius terhadap hubungan jangka panjang bersama pelanggan di Malaysia. Menerusi pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap servis selepas jualan dan pengalaman pemilikan, Kia cuba mengubah persepsi pengguna bahawa memiliki sebuah kenderaan bukan hanya tentang produk, tetapi tentang bagaimana jenama itu terus hadir selepas kunci kereta diserahkan kepada pemilik.

Pengalaman Pemilikan Kini Jadi Keutamaan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri automotif menyaksikan perubahan besar terhadap ekspektasi pelanggan. Jika dahulu pengguna lebih tertumpu kepada harga dan prestasi, hari ini mereka turut menilai kecekapan pusat servis, ketersediaan alat ganti, kos penyelenggaraan serta cara sesebuah jenama mengendalikan hubungan selepas jualan.

Kali ini Kia lebih memahami perubahan tersebut apabila mula memperkukuhkan operasi selepas jualannya secara lebih agresif di Malaysia. Kehadiran gudang alat ganti seluas hampir 35,000 kaki persegi memperkukuhkan sokongan selepas jualan. Pada masa sama, proses servis berstruktur 10 langkah diperkenalkan bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan meyakinkan.

Pendekatan ini juga secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana Kia mahu bergerak ke arah pengalaman premium yang lebih praktikal bukan hanya melalui reka bentuk showroom atau teknologi kenderaan tetapi melalui servis yang benar-benar dirasai pengguna dalam kehidupan harian mereka.

Keyakinan Dibina Melalui Servis Dan Ketelusan

Salah satu cabaran terbesar pemilik kenderaan hari ini adalah ketidakpastian terhadap kos penyelenggaraan jangka panjang. Kenaikan harga alat ganti, minyak enjin dan kos buruh sering menjadi kebimbangan utama pengguna selepas tamat tempoh waranti.

Dari situ, Kia tampil memperkenalkan Kia Maintenance Plan. Sebuah pelan penyelenggaraan prabayar yang membolehkan pelanggan menetapkan kos servis sehingga lima tahun lebih awal. Langkah ini bukan sahaja memberi ketenteraman fikiran kepada pemilik, malah menunjukkan usaha jenama itu membina hubungan yang telus dan dipercayai untuk jangka panjang.

Dalam pasaran automotif yang semakin kompetitif, usaha seperti ini menjadi penting. Pelanggan kini lebih menghargai jenama yang menawarkan pengalaman pemilikan yang stabil, mudah dan diyakini sepanjang penggunaan kenderaan mereka.

Era Baru Kia Di Malaysia

Transformasi Kia di Malaysia turut dapat dilihat menerusi pembangunan pusat flagship 3S Kia Glenmarie yang bakal dikendalikan oleh Cycle & Carriage. Fasiliti moden, ruang servis lebih besar serta penggunaan sistem diagnostik terkini mencerminkan usaha Kia dalam memperkukuhkan imejnya sebagai jenama yang lebih premium. Pada masa sama, pendekatan ini juga memperlihatkan fokus Kia terhadap pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh dan berkualiti.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down