LANGGAN

Menyelusuri Aroma Itali Daripada Lavazza x Aura+

Memperkenalkan aura+ Java One Espresso Machine dan kapsul baru Lavazza Crema e Gusto Forte
Published: July 20, 2025

Pengalaman kopi Itali kini hadir di Kuala Lumpur apabila Lavazza bergabung bersama aura+ untuk menganjurkan pop-up eksklusif. Acara ini berlangsung dari 15 hingga 21 Julai 2025 di Centre Court, Suria KLCC — menjanjikan minggu yang penuh dengan kenikmatan kopi dan gaya hidup moden.

Pelancaran Rasmi Mesin Espresso dan Kapsul

Majlis pelancaran ini diserikan dengan kehadiran tetamu dari dalam dan luar negara. Antara yang hadir ialah tokoh industri dan wakil diplomatik. Turut serta ialah Philip Ng, Pengarah Jualan Lavazza Asia dan Morning Chin, Ketua Pemasaran Lavazza Asia. Wakil rasmi dari Kedutaan Itali dan Dewan Perniagaan Itali turut memeriahkan majlis. Kehadiran mereka menyerikan lagi suasana dan memberikan sokongan padu terhadap kolaborasi yang dibawa dalam majlis ini.

Mesin Espresso dan Kapsul

Acara ini membuka tirai dengan dua produk utama iaitu kapsul Lavazza Crema e Gusto Forte yang menawarkan rasa kopi lebih pekat dan beraroma dan mesin kopi aura+ Java One Espresso yang direka khas untuk pengalaman kopi berkualiti tinggi di rumah atau pejabat.

Pelancaran ini turut diserikan dengan tawaran istimewa yang menarik perhatian ramai, termasuk Starter Kit yang lengkap dengan mesin dan lapan kotak kapsul Lavazza. Gabungan ini memberikan pengalaman kopi premium yang praktikal dan mudah untuk dinikmati setiap hari.

Sensasi Kopi Premium

Pop-Up ini bukan sekadar tempat jualan produk biasa, tetapi satu destinasi istimewa yang menawarkan pengalaman kopi yang menyeluruh. Para pengunjung berpeluang menikmati coffeetails istimewa yang disediakan oleh barista profesional. Anda juga boleh mencuba pelbagai sampel kopi Lavazza secara percuma daripada kapsul hingga ke serbuk kopi dalam pelbagai rasa.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down