“I wish Nikki Freeman loved me more than anyone in this world!” — dialog daripada filem Obsession yang mencetuskan persoalan tentang cinta, obsesi dan bagaimana seseorang boleh berubah apabila hubungan mula kehilangan batas.
@storyreel77 Obsession Bear Uses His Wish! #obession #movieclips #movie #foryoupage #fyp ♬ original sound - StoryReel
Dalam kebanyakan kisah triller romantik, wanita sering menjadi watak yang paling mudah dilabel sebagai “gila”, “obsesif” atau “psycho”. Penonton melihat tindakan mereka sebagai sesuatu yang mengerikan, tetapi jarang sekali kita bertanya, apakah yang membawa mereka ke tahap tersebut? Adakah mereka sememangnya bermasalah sejak awal atau ada apa disebalik hubungan itu?

Dari perspektif seorang lelaki, persoalan ini menjadi lebih kompleks. Dalam sebuah hubungan, mudah untuk menuding jari kepada pasangan yang menunjukkan reaksi ekstrem. Namun, kadangkala lelaki hanya melihat kemunculan masalah tanpa menyedari peranan mereka dalam mencetuskan keadaan tersebut.
Filem Obsession menjadi salah satu contoh bagaimana cinta palsu yang kelihatan sempurna tetapi berubah menjadi sesuatu yang tragis. Bear atau Baron memilih untuk menggunakan permainan One Wish Willow yang dianggap sekadar hiburan, namun tanpa disangka, permintaan itu membawa kepada sumpahan yang mengubah segalanya.

Nikki Freeman digambarkan sebagai seorang wanita yang terlalu bergantung kepada cinta dan perhatian pasangannya. Namun persoalannya, adakah Nikki benar-benar seorang wanita yang mencintai pasangannya atau dia hanya seorang yang kehilangan dirinya sendiri akibat apa yang dilakukan oleh Bear?

Fenomena yang sama dapat dilihat melalui watak Amy Dunne dalam filem Gone Girl. Amy sering dianggap sebagai simbol wanita yang manipulatif dan berbahaya. Namun sebelum dia menjadi watak yang ditakuti, dia adalah seorang isteri yang berdepan dengan pengkhianatan daripada suaminya sendiri, Nick.

Nick bukan sekadar membuat kesilapan kecil. Tindakannya dalam rumah tangga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan hubungan mereka runtuh. Walaupun tindakan Amy salah persoalannya tetap sama — apa yang akan berlaku jika Nick benar-benar menghargai dan menjaga perkahwinan mereka sejak awal?

Begitu juga dengan Grace Le Domas dalam filem Ready or Not. Grace berkahwin dengan Alex dengan harapan untuk membina kehidupan bahagia. Namun, dia tidak pernah mengetahui rahsia besar keluarga suaminya. Apabila segala-galanya terbongkar, dia terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka.

Realitinya, tidak semua tingkah laku seseorang berpunca daripada pasangannya. Faktor seperti pengalaman masa lalu, trauma, perubahan emosi dan cara seseorang menguruskan perasaan turut memainkan peranan.
Namun, lelaki juga tidak boleh menafikan bahawa tindakan mereka boleh memberi kesan besar terhadap pasangan. Sikap ego, kurang komunikasi, insecurity atau ketidakmampuan untuk menghargai pasangan boleh menyebabkan konflik menjadi lebih besar.

Kadangkala seorang lelaki mungkin merasakan dirinya hanya melakukan kesilapan kecil tetapi bagi pasangannya, perkara itu mungkin menjadi luka yang terkumpul sehingga mengubah cara mereka melihat hubungan tersebut.