LANGGAN

Mercedes-Benz GLE 400 e & GLC 200 4MATIC Tiba Di Pasaran Malaysia

Menyempurnakan era baharu SUV mewah
Published: December 12, 2025

Mercedes-Benz Malaysia kembali memperkaya portfolio varian SUV mewahnya. Hal ini dilakukan melalui peluncuran dua model terbaharu GLE 400 e 4MATIC dengan EQ Hybrid Technology. Ia menjadi plug-in hibrid pertama dalam keluarga GLE untuk pasaran Malaysia. Selain itu GLC 200 4MATIC, varian permulaan yang mengusung keseimbangan antara kemewahan dan aksesibiliti turut dilancarkan bersama. Kedua-duanya dipasang semula siap di fasiliti khas di Pekan Pahang. Ini secara rasminya menandai komitmen berterusan jenama mereka terhadap pasaran tempatan yang semakin matang dan dinamik.

GLE 400 e 4MATIC: Paduan Tenaga, Ketenangan dan Teknologi

Sebagai model yang meletakkan elektrifikasi sebagai keutamaan, GLE 400 e 4MATIC hadir membawa karakter yang elegan dan serba progresif. Ciri mekanik utamanya sudah tentu pada kolaborasi yang terjalin antara mesin enjin 2.0 liter turbo dan motor listrik permanently excited synchronous. Dengan penjelasan mudah, ini dapat memberi kuasa enjin yang menghasilkan output gabungan 381 hp serta torsi 650 Nm. Kuasa tersebut disalurkan melalui 9G-TRONIC dan sistem penggerak 4MATIC. Ini menjadikan SUV ini mampu bergerak daripada 0–100 km/jam dalam 6,1 saat.

Namun lainnya pula terletak pada efisiensi. Dengan jarak kuasa elektrik sehingga 114 km (WLTP), sebahagian besar perjalanan harian penggunaya dapat ditempuh tanpa menyalakan mesin pembakaran. Hal ini bermaksud sistem hibrid-nya dirancang untuk secara cerdas mengutamakan mod elektrik. Bahkan ketika melalui jalur off-road dengan program khusus Off-Road Electric, pengisian daya elektrik dapat ditangani oleh pengecas 11 kW AC. Segalanya ideal untuk penggunaan rumah mahupun wallbox peribadi.

Kenyamanan memandu juga diperhalus melalui AIRMATIC Package yang menyesuaikan karakter suspensi secara automatik. Sementara itu Driving Assistance Package Plus menghadirkan ciri moden seperti Active Distance Assist DISTRONIC, Active Steering Assist dan Kamera 360° dengan fungsi transparent bonnet. Ini secara langsung memberikan perspektif virtual kawalan tayar pada apa jua keadaan tanah di bawah kendaraan.

Ruang Kabin yang Mewah dan Memuaskan

Masuk ke dalam kabin pula suasana sporty-elegan dengan nuansa AMG Line langsung menyapa. Dua layar skrin berukuran 12.3 inci menjadi pusat kendali MBUX generasi kedua. Layar skrin ini juga lengkap dengan navigasinya, Apple CarPlay dan Android Auto nirkabel.

Kenyamanan kenderaan juga dipimpin oleh THERMOTRONIC, kursi belakang elektrik, pencahayaan ambient 64 warna serta akses bonnet hands-free. Sementara itu pengalaman audio didefinisikan oleh Burmester 3D Surround Sound dengan Dolby Atmos. Ini sekali gus menciptakan atmosfera dalam kereta yang menyanjung kepuasan di setiap perjalanan.

GLC 200 4MATIC: Lebih Fungsional untuk Pemanduan Moden

Melengkapi duo peluncuran ini, GLC 200 4MATIC juga hadir sebagai pilihan yang lebih terjangkau. Harganya tetap mempertahankan karakter premium daripada varian GLC. Ciri sporty diperkuatkan pada AMG Line, grill dan kemasan yang terperinci serta roda AMG bersaiz 20 inci. Lampu LED High Performance dengan Adaptive Highbeam Assist pula disertakan memastikan kejelasan pemanduan pada berbagai keadaan.

Selanjutnya, terdapat mesin 2.0 liter turbo yang bekerja bersama sistem mild hybrid 48V untuk memastikan kelancaran pemanduan. Hal ini memberikan tenaga 204 hp dan torsi 320 Nm. Motor starter-generator juga membantu pecutan kenderaan dan kelebihan efisiensi. Semua ini sekali gus membawa SUV ini daripada 0–100 km/jam dalam 7,8 saat sahaja. Suspensi AGILITY CONTROL disertakan bersama bagi menjaga keseimbangan antara kenyamanan pemanduan dan ketangkasan kenderaan menjadikan GLC 200 ideal untuk penggunaan urban dan pemanduan di bandar yang sesak.

Dalaman: Moden, Terarah dan Minimalis

Interior GLC 200 memadukan nuansa AMG Line dengan material premium ARTICO. Layar skrin digital 12.3 inci pula berpadu dengan layar tengah11.9 inci, kedua-duanya menghadap pemandu untuk pengalaman yang memudahkan pemanduan. Ciri MBUX juga menghadirkan Navigasi Premium dengan Augmented Reality. Sementara ciri kemudahan seperti KEYLESS-GO, charging nirkabel, port USB-C hingga kerusi belakang lipat elektrik memudahkan lagi penumpang yang dibawa.

Selanjutnya, ciri keselamatan seperti Blind Spot Assist, Active Brake Assist, Active Lane Keeping Assist dan sistem PRE-SAFE menjadi pengingat kuat bahawa keselamatantetap menjadi filosofi utama Mercedes-Benz dalam setiap kenderaannya.

Harga dan Ketersediaan

  • Mercedes-Benz GLE 400 e 4MATIC (EQ Hybrid Technology): RM498,888
  • Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC: RM329,888

Keduanya kini tersedia untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan di pautan berikut.



Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down