Daripada siri paling dinanti-nantikan, Squid Game Musim Ketiga ke filem aksi box office, Mission: Impossible - Dead Reckoning dan banyak lagi, ini panduan ELLE untuk siri terbaru di Netflix yang mesti tonton bulan ini. Let's get started!
The show must go on, as the games stop for no one. Musim ketiga dan terakhir Squid Game bersambung dari endingyang mendebarkan musim kedua, apabila para pemain yang masih hidup dipaksa menyertai permainan yang lebih berbahaya selepas pemberontakan Gi-hun yang gagal. Adakah Gi-hun akan membuat keputusan yang tepat atau adakah Front Man akhirnya dapat mematahkan semangatnya?
Tarikh premier: 27 Jun 2025
Tonton video teaser di sini.
Meninggalkan dunia gelap di belakang, seorang bekas gangster kembali dan bukan sekadar untuk mencari jawapan, tetapi untuk menuntut keadilan atas kematian adiknya. Dalam dunia penuh pengkhianatan dan bahaya, dendam menjadi satu-satunya jalan penyelesaian.
Tarikh premier: 6 Jun 2025
Tonton video teaser di sini.
Dengan masa yang semakin suntuk dan musuh di setiap penjuru, Ethan Hunt dan pasukan IMF berpacu melawan waktu untuk menghalang AI yang berpaling tadah daripada menguasai dunia menerusi filem box office, Mission: Impossible - Dead Reckoning.
Tarikh premier: 7 Jun 2025
Bersedia untuk kembali ke medan aksi - Luke, Emma, dan pasukan mereka terperangkap dalam badai yang jauh lebih hebat daripada yang dijangka apabila seorang pengganas misteri mengancam untuk melepaskan kekacauan global. Ini bukan sekadar misi biasa, ini adalah peperangan tanpa kompromi.
Tarikh premier: 12 Jun 2025
Tonton video teaser di sini.
Daripada studio di sebalik filem animasi Spider-Verse, bintang K-pop Rumi, Mira, dan Zoey yang juga pemburu iblis sambilan, berjuang untuk melindungi peminat mereka daripada ancaman luar biasa. Kini, mereka berhadapan dengan cabaran terbesar — sebuah kumpulan pesaing lelaki iblis yang menyamar dalam Kpop Demon Hunters.
Tarikh premier: 20 Jun 2025
Tonton video teaser di sini.
Ketika dunia mereka runtuh selepas kehilangan ibu bapa, adik-beradik, Ian dan Uta terpaksa meninggalkan impian mereka sendiri demi saling menyokong dan menghadapi duka bersama. Ini bukan sekadar kisah kehilangan, ini kisah kekuatan dan ikatan yang tak tergugat.
Tarikh Premier: 12 Jun 2025