LANGGAN

Sacoor Brothers Buka Lembaran Baharu di Suria KLCC

Perpaduan gaya hidup, fesyen dan personaliti.
Published: September 12, 2025

Dalam dunia dan gaya hidup lelaki urban yang mementingkan keperibadian dan mutu, jenama antarabangsa Sacoor Brothers membuka satu bab baharu. Ini dimulakan dengan pelancaran semula butik flagship mereka yang terkini di Suria KLCC. Butik tersebut ini diperkenalkan dengan wajah baharu yang lebih segar, moden dan peribadi.

Berpegang pada falsafah terkini mereka, 'The Luxury of Being You'. Butik baharu ini bukan sekadar ruang membeli-belah, tetapi satu pengalaman gaya hidup yang menekankan keunikan individu, kecanggihan reka dan kemewahan.

Reka Bentuk Moden, Sentuhan Tradisi

Memasuki butik ini, pengunjung akan disambut oleh elemen reka bentuk yang minimalis, neutral dan elegan. Ia terlihat daripada tekstur kayu oak, kemasan marmar, hinggalah pencahayaan yang terang dan susun atur terbuka. Ia juga disertakan \ruang yang menjemput anda untuk tidak sekadar membeli, tetapi menjelajah dan merasai.

Lebih Dari Sekadar Pakaian

Butik baharu ini bukan sahaja menawarkan koleksi termasuk sut bertailor klasik, malah esensi harian terbaik dari segi mutu dan potongannya. Keistimewaan butik ini termasuk ruang tailoring room khas yang menyediakan perkhidmatan alterasi percuma di dalam butik. Ini dapat memastikan setiap pelanggan membawa pulang pakaian yang terletak sempurna di badan.

Gaya Hidup Peribadi & Layanan Eksklusif

Di era di mana personalisasi menjadi simbol kemewahan sebenar, butik ini turut menawarkan perkhidmatan ukiran laser dan bungkusan hadiah eksklusif. Ini menjadikan setiap pembelian satu detik yang bermakna. Sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah istimewa.

Manakala bagi mereka yang menghargai ketenangan dan interaksi yang lebih mendalam, Sacoor Café serta ruang lounge diperluas. Ini menjadi lokasi ideal membeli-belah untuk sesi gaya peribadi sambil menikmati secawan kopi.

Simbol Evolusi Sacoor Brothers

Menurut Hugo Carriço, CEO Sacoor Brothers Asia Tenggara, pelancaran semula butik ini mencerminkan arah baharu jenama. Kini lebih moden, serba intensional tetapi tetap berakar dalam prinsip utama mereka yakni gaya abadi dan layanan bertaraf tinggi.

Kunjungi butik Sacoor Brothers di Lot 231B-232, Aras 2, Centre Court, Suria KLCC. Dibuka setiap hari daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ketahui lebih lanjut di laman rasmi Sacoor Brothers.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down