Malam Tahun Baru merupakan saat yang dinantikan ramai bagi meraikan detik berganti tahun dengan penuh kemeriahan. Untuk pengakhiran tahun 2025, pelbagai lokasi ikonik di Kuala Lumpur dan sekitarnya menyediakan program menarik termasuk konsert, pertunjukan cahaya dan pesta bunga api yang mengagumkan. Checkout 7 lokasi ini untuk sambutan Tahun Baru 2026 yang tidak akan dilupakan!
TRX kembali dengan NYE Countdown Party yang meriah di kawasan luar Raintree Plaza dan TRX City Park. Pengunjung boleh menikmati pertunjukan muzik secara langsung, pilihan makanan dari gerai food truck dan bunga api spektakular menyalakan langit bandar tepat pada tengah malam. TRX juga memperkenalkan digital wish wall untuk pengunjung menulis harapan tahun baru secara interaktif. Ramai kedai dan restoran akan beroperasi sehingga lewat malam bagi memeriahkan sambutan.

LaLaport BBC menawarkan Layback & Reset NYE Countdown bersama Coffee Rave Club bertemakan cahaya dan warna yang penuh kemeriahan sesuai untuk semua peringkat umur. Aktiviti termasuk pertunjukan LED interaktif, persembahan tarian, DJ, serta pasar malam bercahaya dengan bengkel DIY dan pertandingan tarian. Acara ini berlangsung dari petang hingga detik tengah malam, memastikan pengunjung menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif.
Sunway Velocity mengadakan NYE Countdown dengan persembahan DJ dan artis tempatan termasuk dengan persembahan daripada kumpulan popular K-pop KIIRAAS. Aktiviti dimulai pada petang dan berlanjutan sehingga tengah malam dengan bunga api sebagai penutup. Tempat ini juga beroperasi sehingga lewat malam, sesuai untuk bersiar-siar, membeli-belah dan makan malam sambil menanti detik pergantian tahun!
Resorts World Genting menawarkan pengalaman NYE di puncak gunung dengan program di SkyAvenue dan Arena of Stars. Persembahan DJ dan artis tempatan berlangsung sepanjang malam hingga tengah malam, di samping aktiviti makan, minum dan zon pesta bertemakan musim perayaan. Sesetengah aktiviti memerlukan tiket, namun pengalaman malam di Genting tetap unik dengan udara sejuk dan pemandangan indah.
The Curve membawakan Curvechella Countdown Festival, menampilkan band tempatan, DJ dan pertunjukan tarian. Aktiviti berlangsung dari petang hingga tengah malam dengan pertunjukan bunga api sebagai penutup. Sambutan ini menyerupai festival muzik mini dan sesuai untuk semua peringkat umur.
IOI City Mall menganjurkan Konsert Countdown Kita 2026 dengan barisan artis terkenal seperti Ella, Faizal Tahir dan Alleycats. Konsert bermula pada petang dan mencapai puncaknya pada tengah malam dengan bunga api spektakular. Lokasi ini sesuai untuk mereka yang menggemari hiburan berskala besar dengan konsert dan pertunjukan cahaya.
Pavilion KL menampilkan Visit Malaysia 2026 Countdown Festival yang lengkap dengan pyromusical fireworks, pertunjukkan laser dan pertunjukan 3D. Persembahan artis terkenal seperti Shila Amzah dan Aina Abdul turut memeriahkan malam. Sambutan ini sangat popular, terutama bagi pelancong dan pengunjung yang ingin pengalaman ikonik di pusat bandar.