LANGGAN

Ulasan Filem F1 yang Mendebarkan!

Aksi litar yang penuh adrenalin menanti untuk penggemar dunia F1!
Published: June 27, 2025

Kehangatan dunia perlumbaan kini dibawa ke layar perak dalam filem terbaru F1, sebuah karya yang mendebarkan dan penuh drama yang menampilkan bintang Hollywood terkenal, Brad Pitt. Dikenali dengan watak-watak ikoniknya, kali ini Pitt tampil sebagai seorang pelumba veteran dalam dunia F1.

Brad Pitt membawa watak Sonny Hayes

Dengan gabungan aksi perlumbaan F1 yang berkelajuan tinggi dan naratif emosi tentang pertembungan dua generasi, movie inibukan sahaja menggamit peminat perlumbaan, tetapi juga penonton yang sukakan drama dan jalan cerita yang menarik!

Sinopsis

Mengisahkan tentang Sonny Hayes, seorang bekas pelumba F1 yang pernah bersara selepas kemalangan pada era 90-an. Setelah bertahun menjauh dari litar, dia mendapat peluang kedua apabila sahabat lama yang mengajaknya menyertai semula dunia perlumbaan bersama pasukan APXGP. Di sana, Sonny bertemu Joshua Pierce yang dipegang oleh Damson Idris, pelumba muda yang berbakat tetapi sukar dikawal. Hubungan antara mereka pada mulanya tegang dan penuh salah faham kerana perbezaan gaya dan ego masing-masing.

Damson Idris membawa watak sebagai Jshua Pierce

Namun apabila tekanan perlumbaan memuncak, mereka mula sedar bahawa hanya kerjasama boleh membawa kejayaan. Sonny menggunakan pengalamannya untuk membantu Joshua dari segi strategi, manakala Joshua perlahan-lahan belajar untuk menghargai bimbingan seorang veteran. Ketegangan memuncak apabila Joshua mengalami kemalangan akibat keputusannya sendiri, sekaligus menguji hubungan mereka dan hala tuju pasukan. Perlumbaan terakhir menjadi penentu sama ada mereka mampu bersatu demi kemenangan atau terus tenggelam dalam keegoan masing-masing.

Pelakon Tambahan & Elemen Menarik

Selain gandingan mantap Brad Pitt dan Damson Idris, filem ini turut dikuatkan oleh lakonan Javier Bardem. Beliau membawa watak Ruben, seorang pengurus yang penuh karisma dan strategi. Penampilan istimewa daripada bintang F1 sebenar seperti Lewis Hamilton, Max Verstappen dan beberapa nama besar lain menambahkan elemen realistik.

Javier Bardem membawa watak Ruben, seorang rakan yang supportive dan pengurus yang bercita-cita tinggi

Dari segi sinematografi, filem ini memberikan pengalaman visual yang luar biasa — dari bunyi deruman enjin, kelajuan kenderaan hingga kepada close-up emosi pelumba di dalam kereta F1. Segalanya terasa mendebarkan dan memukau!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down