Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Volkswagen Golf R yang terbaru! Sebuah model hot hatch yang berprestasi tinggi kini tampil dengan peningkatan dari segi kuasa, teknologi dan rekaannya.
Model terbaru ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter TSI turbocharged yang menghasilkan 333PS dan 420Nm tork. Dengan ciri ini ia menjadikannya sebagai Golf paling berkuasa yang pernah dihasilkan untuk pasaran pengeluaran. Dipadankan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MOTION, Golf R mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.6 saat.
Antara pembaharuan utama pada Golf R ialah sistem R Performance Torque Vectoring. Ia mengagihkan kuasa secara aktif antara roda belakang bagi meningkatkan kestabilan dan ketepatan ketika mengambil selekoh.
Volkwagen Golf R memberikan 4 jenis pengemudian seperti Comfort, Sport, Race dan Drift. Dengan mod ini, ia membolehkan karakter pemanduan disesuaikan mengikut situasi serta keutamaan pemandu.
Malaysia juga terus memainkan peranan penting dalam pengeluaran model ini apabila menjadi satu-satunya negara di luar Jerman yang memasang Golf R secara tempatan di fasiliti Volkswagen di Pekan, Pahang.
Dari segi luaran, Golf R menerima beberapa kemas kini yang memberikan penampilan lebih agresif. Antaranya termasuk bampar hadapan baru, logo Volkswagen bercahaya, rim aloi Estoril 19 inci serta sistem ekzos titanium empat muncung daripada Akrapovič.

Sistem lampu IQ.LIGHT LED Matrix dan lampu belakang LED baharu turut melengkapkan perubahan reka bentuk yang diperkenalkan pada model ini.
Bahagian dalaman pula menerima sistem infotainmen baharu bersaiz 12.9 inci yang menggunakan perisian MIB4, selain paparan Digital Cockpit Pro 10 inci.
Ciri lain yang disediakan termasuk Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas telefon pintar tanpa wayar serta sistem audio Harman Kardon 480W dengan sembilan pembesar suara.

Golf R turut dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemandu menerusi pakej IQ.DRIVE. Antaranya termasuk
