LANGGAN

Wasted Oleh Max Lamb x Potato Head Untuk Kelestarian

Tujuan koleksi ini adalah untuk mengurangkan pencemaran dan menjimatkan sumber.
Published: August 15, 2025

Pereka British, Max Lamb bekerjasama dengan hab kreatif Potato Head dan penggiat kraf tempatan Bali untuk menghasilkan koleksi Wasted. Koleksi ini sepenuhnya menggunakan bahan kitar semula seperti plastik, kaca dan buluh sebagai bahan utama. Projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen menyeluruh Potato Head terhadap kelestarian, mengubah sisa buangan menjadi perabot dan barangan rumah tahan lama, membuktikan bahawa bahan terbuang boleh menjadi dekor reka bentuk.

Dilancarkan di Desa Potato Head Seminyak, Bali, Wasted memperluas misi syarikat untuk mencapai 97.5% sifar sisa dari tapak pelupusan. Setiap barangan dibentuk melalui proses kitar tertutup, menjadikannya bukan sahaja berfungsi, tetapi turut menyimpan cerita tentang bahan-bahannya serta individu yang menghasilkannya.

Visi Global Potato Head

Untuk koleksi ini, Max Lamb bertekad menggunakan bahan-bahan yang diperoleh dalam lingkungan 50 batu dari kampung Potato Head. Ini sekaligus memerlukan kepakaran gabunkan teknik tradisional dan sumber serantau. Lawatan ke setiap bengkel kecil dan studio kraf di seluruh pulau menjadi inspirasi bagi menghasilkan reka bentuk seperti kerusi santai buluh dan teko seramik. Proses ini melahirkan karya yang menghormati warisan kraf Bali, sambil memenuhi keperluan ruang hospitaliti moden.

Koleksi Wasted Terdiri Daripada 8 Raikan Produk:

  1. Plastic Family – Diperbuat 100% daripada plastik HDPE kitar semula seperti bekas minyak dan jus.
  2. Compost Dye Family – Menggunakan 100% cadar lama dari Potato Head Studios and Suites.
  3. Rag Rug – Turut diperbuat daripada 100% kain linen terpakai.
  4. Broken Glass Family – Menggunakan kaca kitar semula sepenuhnya dari tapak binaan, sisa industri, dan botol restoran.
  5. Cooking Oil Family – Menampilkan lilin lebah dalam bekas kaca kitar semula, dengan wangian diinspirasikan daripada sisa dapur oleh Rumah Atsiri.
  6. Broken Ceramic Family – Seramik tanah liat tempatan dengan glazur khas daripada kaca hancur kitar semula.
  7. Styroshell Family – Gabungan styrofoam kitar semula, kulit tiram hancur, sisa serbuk dari insinerator, penutup botol plastik HDPE dan pewarna akrilik.
  8. Bali Bamboo Family – Diperbuat 100% daripada buluh organik yang dirawat, dengan ikatan rotan sintetik untuk ketahanan dan fleksibiliti.

Semua bahan ini berasal daripada aliran sisa tempatan Indonesia. Versi awal kerusi Study Chair (Plastic Family) menggunakan bahan daripada Smile Plastics (UK), tetapi versi akhir dalam koleksi ini sepenuhnya menggunakan sisa tempatan.

Reka Bentuk Koleksi oleh Max Lamb

Koleksi Wasted meraikan kepelbagaian. Setiap item dihasilkan bergantung kepada sisa yang tersedia semasa proses pembuatan. Tiada dua produk yang sama; warna, tekstur dan bentuknya. Pengusaha kraf tempatan memotong, memasang dan menyiapkan setiap satu produk secara manual dan hasilnya siaplah gabungan ketelitian dengan keunikan kerja tangan.

Bagi Max Lamb, mereka bentuk menggunakan sisa bukan sahaja menuntut penyesuaian praktikal, tetapi juga tanggungjawab untuk memberikan justifikasi kepada kewujudan setiap objek. Dengan melihat sisa sebagai sumber bernilai dan terhad, beliau menekankan aspek ketahanan, nilai emosi, serta hayat guna panjang dalam setiap rekaan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down