LANGGAN

Rakuten Kobo Perkenal ‘Kobo Remote’

Bab baru dalam dunia bacaan digital tanpa gangguan yang lebih mudah
Published: October 21, 2025

Bagi para pencinta buku, setiap helaian adalah satu pelarian ke dunia imaginasi, kehangatan emosi dan ketenangan diri. Kini, Rakuten Kobo mengangkat pengalaman itu ke tahap yang lebih tinggi dengan pelancaran Kobo Remote. Alat pengawal tanpa wayar pertama yang direka khas untuk memberi kemudahan membaca tanpa gangguan.

Dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2025, Kobo Remote akan mula dijual di Malaysia bermula November ini secara dalam talian dan di kedai terpilih. Direka dengan bentuk ergonomik serta bateri yang tahan lama, alat ini menawarkan pengalaman penggunaan yang mudah dan selesa. Ia menjadi pelengkap sempurna untuk setiap sesi bacaan, sama ada ketika bersantai di ruang tamu atau menikmati waktu tenang di kafe kegemaran anda.

Kemudahan Maksimum, Gerakan Minimum

Kobo Remote hadir dengan konsep ringkas: meminimumkan pergerakan, memaksimumkan keselesaan. Dengan hanya satu sentuhan ringan, pembaca boleh menukar halaman tanpa perlu menyentuh skrin atau menukar posisi. Ia sesuai untuk mereka yang gemar membaca dalam keadaan santai.

Tersedia dalam dua pilihan warna elegan, Hitam dan Putih, alat ini juga disesuaikan untuk berfungsi dengan semua Kobo eReader yang menyokong Bluetooth

Hadiah Ideal Untuk Pencinta Buku

Dengan harga yang berpatutan, Kobo Remote bukan sekadar inovasi tetapi juga hadiah yang sempurna untuk musim perayaan yang bakal tiba. Ia melambangkan kemewahan sederhana alat kecil yang membawa keselesaan besar kepada sesiapa sahaja yang menghargai masa membaca mereka.

Nikmati Bacaan Tanpa Gangguan

Dengan pelancaran Kobo Remote, Rakuten Kobo sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memperkaya budaya membaca digital. Kini, untuk “hilang” dalam cerita kegemaran anda tidak lagi memerlukan apa-apa selain satu sentuhan kecil dan segalanya menjadi lebih mudah, lebih tenang, dan lebih peribadi.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down