LANGGAN

Zeekr X 2026 Hadir Dengan Rekaan Lebih Futuristik & Praktikal!

Apabila mobiliti elektrik menjadi sebahagian daripada gaya hidup baru
Published: June 29, 2026

Zeekr Malaysia secara rasmi memperkenalkan Zeekr X 2026. Versi terkini SUV elektrik premium urban yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi, keselesaan dan lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Dibangunkan berlandaskan konsep gaya hidup moden, model baru ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang aktif. Tidak kira untuk urusan kerja, aktiviti kecergasan mahupun perjalanan harian di bandar.

Lebih Praktikal untuk Kegunaan Harian

Antara pembaharuan utama pada Zeekr X 2026 ialah pintu hadapan automatik. B-pillar interaktif pintar, peti sejuk terbina dalam dan stereng pelbagai fungsi dengan kawalan sentuhan yang kini ditawarkan sebagai ciri standard bagi kedua-dua varian.

Peti sejuk terbina dalam bukan sahaja mampu menyejukkan minuman, malah boleh memanaskan makanan sehingga 50°C. Ruang kargo juga diperbesarkan kepada 404 liter, memberikan lebih banyak ruang untuk menyimpan barangan harian.

Dari segi pengecasan, Zeekr X menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW. Dengan pengecasan ini, ia membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam kira-kira 30 minit.

Varian Premium dengan Jarak Pemanduan Lebih Jauh

Varian Premium RWD kini menghasilkan 250kW kuasa dan 373Nm tork serta menawarkan jarak pemanduan sehingga 445 kilometer mengikut standard WLTP.

Ia juga menerima paparan head-up display (HUD) sebagai ciri standard, rim 19 inci baru, ruang dalaman dwi-tona hitam dan putih serta pilihan warna luaran baru, Porcelain Pink.

Flagship AWD Fokus kepada Prestasi

Bagi mereka yang mahukan pengalaman pemanduan lebih bertenaga, varian Flagship AWD menawarkan kuasa 365kW dan 573Nm tork.

SUV elektrik ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 3.7 saat. Ia juga dilengkapi pengecas AC 22kW, jarak pemanduan sehingga 415 kilometer WLTP, kerusi hadapan dengan fungsi pengudaraan dan urutan serta rim forged hitam 20 inci.

Pilihan warna eksklusif seperti Onyx Black dan Matte Khaki Green turut memberikan identiti yang lebih sporty kepada model ini.

Teknologi dan Keselamatan Lengkap

Zeekr X 2026 dilengkapi sistem keselamatan komprehensif yang merangkumi tujuh beg udara serta pakej penuh sistem bantuan pemandu termaju (ADAS).

Antara ciri keselamatan yang ditawarkan:

  • Brek kecemasan autonomi hadapan dan belakang
  • Kawalan pelayaran adaptif
  • Bantuan pengekalan lorong
  • Pengesanan titik buta
  • Amaran trafik silang
  • Bantuan parkir automatik
  • Sistem pemantauan pemandu.

Selain itu, kedua-dua varian turut dilengkapi dengan:

  • lampu LED pintar
  • Pintu belakang berkuasa elektrik
  • Bumbung panoramik
  • Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
  • Pengecas telefon tanpa wayar 50W
  • Sistem audio Yamaha 13 pembesar suara serta pencahayaan ambien 17 zon.
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down