LANGGAN

Lelaki Moden Menerokai Ritual ‘Slowing Down’ Bersama Le Labo

Untuk lelaki-lelaki yang menghargai 'mindful living'.
Published: July 17, 2026

Le Labo berfalsafah dengan singkiran rasa tergesa-gesa, perlahankan waktu untuk rangkaian Incense – haruman untuk kediaman. 

le labo

Keributan dan kecepatan kerencaman rutin dunia membuatkan diri kita mahu melayang jauh daripada ‘gelabut’ itu. Hal ini menitip kesedaran, merangka pelan kita tunduk kepada kemahuan untuk memperlahankan segalanya. Kecepatan itu bukan menandakan sukses, sejujurnya membuatkan kita merasai kemewahan sebenar yakni tentang berhenti sejenak. 

Justeru, lelaki moden masa kini menghayati ritual yang berkaitan dengan kehadiran dalam detik yang aman? Ya! Permintaan untuk kehidupan yang sarat dengan kesedaran menggergasi di kalangan lelaki. Kurasi kehidupan lebih bersusun elok dengan sisipan olahan seperti menghargai aspek seumpama neo-luddite, seperti mendengar vinil, menangkap gambar menggunakan kamera filem dan seumpamanya. Termasuklah rutin harian yang mengemahui ritual ketenangan dan bukan glamorize produktiviti melampau.

Apresiasi kehidupan yang sarat dengan kesedaran ini bertunas kepada kesedapan rasa gaya hidup dalam rumah – memperkenalkan rangkaian dupa atau setanggi terbaru daripada Le Labo yang menghadirkan tiga bauan signature. Yakni Santal 26, Encens 9 dan Ambroxyde 17 dengan bakaran 25 minit untuk setiap colok setanggi. Haruman rumah Le Labo ini dihasilkan di sebuah bengkel di Kyoto, milik keluarga generasi ke-12 yang mengolah teknik tradisional Jepun. Makanya, setiap detik minit yang dimakan untuk bakaran colok umpama satu ritual yang sangat bermakna. 

Segala aspek ini mengetengahkan praktis falsafah Kōdō atau yang merangkul maksud ‘The Way of Incense’ – yang mengajak kita untuk bukan sahaja menghidu sesuatu bau, malah ‘mendengarnya’. Ia seperti mencuci hati kita untuk mengamati haruman yang membuahkan satu memori atau detik, yang mengusik emosi serta kesedaran diri. Ia bukan hanya sekadarkan cuma pengalaman sensory, ia adalah ritual yang membenarkan kita untuk memperlahankan diri. 

Haruman Le Labo Incense

le labo

SANTAL 26 INCENSE 
Wangian rumah yang dikatakan ada aura ‘aristokratik’, yang lembut baunya dan bergabung dengan haruman yang serasa smoky dan leathery. Pabila bau ini memenuhi ruang rumah, ia menggugah personaliti anda. 

le labo

AMBROXYDE 17 INCENSE
Harumannya muncul daripada molekul sintetik yang pastinya membuatkan hidung anda pantas mengenal baunya. Ambergris semula jadi menjelmakan satu bau memukau yang sukar untuk digambarkan oleh kata-kata dan membikin rasa seperti tidak jera menciumnya. Auranya sedikit woody, dengan hamburan korola melur dan musky. 

le labo

ENCENS 9 INCENSE
Kelembutan baunya hadir daripada nota amber, dengan aura spicy daripada bunga cengkih. Haruman ini menghidupkan senario tenang dalam ruang kediaman yang mengumpamakan new beginnings. 

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down