LANGGAN

Lelaki Rasa Krim SPF Tidak Penting, Benar Atau Tidak?

Melekit dan tidak selesa? Ini tip untuk mencari krim SPF yang selesa buat lelaki. Lepas ini, jangan tidak pakai pula!
Published: May 27, 2025

Jika tanya saya, ia adalah fakta yang tidak benar. Zaman kini, saya percaya semakin ramai lelaki yang sudah tahu betapa pentingnya penggunaan pelindung sinar atau SPF ini dalam rutin penjagaan diri harian. Banyak antara kita yang sudah didedahkan kepada informasi dan berita yang berkaitan dengan kesihatan kulit yang boleh mendatangkan bahaya sehingga menyebabkan kematian. Oleh kerana itu, ramai di antara kita yang sudah mula memilih untuk menitikberatkan soal penjagaan diri.

Namun, tidak dinafikan ada yang masih memberi alasan betapa renyahnya penggunaan SPF ini. Ada yang berangappan seperti "tidak lelakilah" jika memakai krim wajah, ada juga yang tidak selesa dengan tekstur krim yang dioles pada wajah dan sebagainya. Jangan risau, kami akan kongsikan SPF terbaik untuk anda (yang langsung tidak membuatkan anda tidak selesa).

Tip Memilih Krim SPF Yang Betul Untuk Lelaki

Apabila kaum lelaki membeli krim SPF, kriteria yang mereka utamakan selalunya berbeza daripada wanita. Walaupun semua orang sebenarnya memerlukan perlindungan broad-spectrum dengan SPF 30 ke atas, lelaki lebih cenderung memilih produk yang mudah digunakan, selesa dipakai dan tidak menyusahkan di dalam rutin harian mereka.

Pilih Menerusi Teksturnya

Kebanyakan lelaki tidak gemarkan krim yang tebal untuk dipakai sepanjang hari. Maka, pilihlah krim pelindung sinar daripada rangkaian yang memiliki tekstur matte, gel ataupun versi spray kerana tekstur sebegini mampu meresap cepat ke dalam kulit dan seolah seperti tidak menyarung apa-apa pada wajah!

SUPERGOOP! Mineral Mattescreen SPF 40 PA+++ RM205

Mahu Yang Mudah? Cari Produk 2-in-1

Lelaki moden sukakan yang ringkas, cepat, mudah dan tidak memakan masa. Jika boleh, rutin penjagaan diri biarlah minimum tanpa terlalu banyak langkah rumit. Oleh kerana itu, produk serbaguna menjadi pilihan utama. Maka, saranan kami pilih sahaja krim SPF yang digabungkan dalam pelembap wajah, tinted foundation atau apa-apa formula 2-dalam-1 yang memberikan perlindungan sambil merawat. Yang penting praktikal dan efisien.

SPF

Fenty Skin Hydra Vizor Broad Spectrum Mineral SPF 30 Sunscreen Moisturizer RM195

Kuat Berpeluh? Pilih Krim SPF Yang Kalis Air

Ini selalu terjadi pada mereka yang sukakan aktiviti luar atau gemar bersukan dan workout. Jadi hampir setiap hari, mereka akan mengeluarkan peluh yang banyak. Ditambah pula, ingin memakai produk seperti krim SPF ini, lagilah rasa tidak selesa. Namun, jangan risau, sehingga ke hari ini sudah ada begitu banyak produk yang targetnya untuk masalah seperti ini. Pillih krim yang ada formulasi sweat-resistant atau kalis air. Paling tidak, ada juga jenama yang telah mengeluarkan krim SPF dengan label 'sports'.

Krim SPF

Shiseido Global Suncare The Perfect Protector SPF 50+/PA++++ RM195

Kenali Kulit Wajah Anda

Kulit berminyak - pilih pelindung sinar jenis gel atau kemasan matte.

Krim SPF

Allies of Skin The One SPF 50 Invisible Sunscreen Gel RM148

Kulit kering - pilih pelindung sinar jenis krim dengan inti pati pelembap.

Krim SPF

Kravebeauty Beet The Sun retails RM108

Kulit sensitif - pilih pelindung sinar bebas haruman. Cari juga yang memiliki asas mineral, sesuai untuk kulit yang cepat meradang.

Melixir Vegan Airfitâ„¢ Sunscreen SPF 50+ RM145

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down