LANGGAN

Pentingnya Penjagaan Kulit Wajah Lelaki, Mulakan Dari Sekarang!

Bukan lelaki sahaja yang mahukan perempuan kulit wajah cantik, rambut ikal mayang, berpenampilan kemas, sedarkah juga anda bahawa perempuan juga mahukan yang sama?
Published: October 30, 2025

Bukan lelaki sahaja yang mahukan perempuan kulit wajah cantik, rambut ikal mayang, berpenampilan kemas, sedarkah juga anda bahawa perempuan tidak sukakan lelaki yang selekeh dan berbau?

Jika dahulu, rutin penjagaan wajah ini hanya dianggap eksklusif buat wanita. Penggunaan cleanser, tonerlah, serum dan pelbagai lagi kononnya bukan untuk "lelaki sejati". Tetapi realitinya, kulit wajah lelaki ini sebenarnya juga terdedah kepada pencemaran, baik matahari juga gaya hidup seharian. Bezanya cuma, ramai lelaki mula nak menyedari betapa pentingnya penjagaan kulit wajah hanya bila masalah mula timbul macam jerawat lah, kedutan di wajah lah dan bermacam cela lagilah.

Namun buat anda yang baru menyedari kesedaran ini, ada berita baik buat anda. Anda tidak pernah terlambat untuk mula!

Ingat, sibuk menjaga penampilan diri dan kulit wajah bukan menandakan diri anda seorang yang "lemah", anda sebenarnya seorang yang prihatin. Masih ramai lelaki segan untuk ambil tahu tentang rutin penjagaan wajah kerana takut dilabel sebagai metroseksual atau juga gay. Sebenarnya, menjaga keterampilan diri tidak ada kena-mengena dengan identiti juga orientasi. Ia lebih kepada rasa tanggungjawab kepada diri sendiri. Sama sahaja seperti anda pergi bersenam untuk menjaga kesihatan atau potong rambut untul tampak kemas.

Penjagaan kulit wajah juga bukan hanya soal kecantikan semata-mata, tetapi ia lebih kepada tentang kebersihan, kesihatan kulit juga keyakinan diri.

Ini Langkah Asas Yang Setiap Lelaki Patut Mulakan Dengan!

Tidak perlu terlalu rumit atau sampai perlu memenuhkan sinki dengan produk-produk kecantikan. Rutin asas sahaja sudah mencukupi untuk ada mula menjaga kulit wajah. Penting sekali, buat para lelaki harus ada pencuci muka, pelembap wajah, krim pelindung matahari juga salap bibir. Jika sudah konsisten, barulah anda boleh meneruskan dengan tambahan produk seperti toner, serum juga skrub.

Pencuci muka ini amat penting tidak kira untuk lelaki yang bekerja indoor seharian, bersukan atau juga berada di kawasan outdoor. Ke mana sahaja anda pergi, wajah pasti akan terdedah dengan kotoran luar seperti pencemaran asap kereta dan rokok, berpeluh akibat panas terik juga minyak wajah yang berlebihan. Ini punca kulit menjadi kusam hasil bintik putih dan hitam yang tersumbat jauh ke dalam liang pori. Bukankah geli jika teman wanita menatapnya? Penggunaan pencuci muka haruslah diamalkan dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi juga malam. Jangan biasakan penggunaan sabun badan sebagai pencucui muka. Kulit wajah ini sebenarnya lebih sensitif walaupun pada kulit wajah lelaki.

kulit wajah

Clinique For Men Face Wash, RM125/200ml

Pelembap wajah juga amat penting. Ia bantu melembapkan kulit yang kering. Kadang-kala diri kurang minum air, gaya hidup seperti merokok dan vape juga mampu mengeringkan kulit. Dan bukan sekadar itu, ia juga membantu mengawal minyak pada kulit wajah. Walau anda berkulit minyak sekalipun, pelembap amat penting. Pasti anda mahukan wajah awet muda dan sentiasa sihat walau usia turut meningkat, kan?

The Ordinary Natural Moisturizing Factors + HA, RM85

Manakala pelindung sinar ini antara yang sering diabaikan. Baik lelaki mahupun perempuan. Pelindung sinar sebenarnya adalah langkah terpenting dalam penjagaan kullit wajah. Tidak ramai yang tahu betapa besar kesan sinaran UV ini terhadap kulit. Sinaran matahari ialah punca utama kepada penuaan pramatang, pigmentasi dan risiko kanser kulit. Ramai lelaki juga fikir SPF hanya perlu bila keluar rumah, tetapi sebenarnya sinar UVA boleh menembusi tingkap juga awan (jangan main-main ya). Jadi, walaupun bekerja dari rumah ataupun memandu, kulit masih boleh terdedah kepada sinaran UV yang sama.

kulit wajah

Supergoop! Every Single Face SPR-Shield watery lotion SPF 50, RM175

Ramai lelaki tidak sedar yang penjagaan bibir juga sebahagian daripada grooming dan self-care. Bibir mudah terabai sebab rutin ini ternyata nampak “remeh”, tetapi sebenarnya ia antara bahagian muka paling sensitif dan cepat menunjukkan tanda dehidrasi atau gaya hidup tak sihat. Ramai lelaki juga takutkan salap bibir kerana bimbang ia nampak feminin, terlebih berkilat atau berwarna. Hakikatnya, banyak salap bibir atau lip balm diluar sana yang mempunyai formulasi matte dan semula jadi. Jangan risau dan jangan malu, tiada siapa akan perasan.

kulit wajah

Burt's Bees Moisturizing Lip Balm, RM30

Tidak salah sebenarnya jika anda ingin tampil dalam versi terbaik anda. Rutin mengambil berat tentang penjagaan wajah bukan tentang mengubah siapa anda, tetapi tentang meningkatkan keyakinan dan menjaga kesihatan kulit. Tidak kira berapa umur anda atau siapa juga anda, belum terlambat untuk mula. Ingat, self-care bukan milik wanita semata, ia milik semua yang tahu menilai baik diri mereka.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down