LANGGAN

Valentino Beauty Memperkenalkan Vendetta Uomo

Haruman maskulin penuh karisma.
Published: July 21, 2026
Vendetta Uomo
Gambar ihsan Valentino

Valentino Beauty membuka lembaran baharu dalam dunia wangian dengan pelancaran Vendetta - memperkenalkan Vendetta Uomo - haruman Prestige pertama Maison itu sejak enam tahun lepas. Mengimbau semula semangat haruman ikonik yang diperkenalkan oleh pengasas Valentino Garavani pada 1991, Vendetta ditafsirkan semula melalui perspektif moden yang meraikan emosi, keintiman dan hubungan yang tidak mengenal batas.

Vendetta Uomo - Keaslian Sebagai Simbol Jejaka Moden

Gambar ihsan Valentino

Dicipta untuk generasi yang mencari sesuatu yang tulen dalam dunia yang semakin mementingkan imej dan persepsi, Vendetta hadir sebagai simbol keberanian untuk memilih sesuatu yang semula jadi dan benar kepada diri. Bagi lelaki, Vendetta Uomo menampilkan sisi maskuliniti yang berani melalui gabungan elemen kayu, rempah dan gourmand, menghasilkan perwatakan yang yakin namun terkawal.

Gabungan Kayu, Rempah dan Gourmand yang Berkarisma

Vendetta Uomo
Gambar ihsan Valentino

Dicipta oleh master perfumer Marie Salamagne, Vendetta Uomo meneroka perbandingan antara kesegaran, kehangatan dan kedalaman. Haruman ini dibuka dengan kesegaran ekstrak ginger CO₂ dari Peru serta sentuhan sitrus Itali. Seterusnya, berkembang kepada Cinnamon Liquor Accord yang memberikan dimensi hangat dan menggoda. Pada nota asas, pati patchouli yang tulen diperkaya dengan elemen kayu moden, menonjolkan karisma yang sofistikated dan meninggalkan kesan mendalam pada kulit.

Naratif Warisan Melalui Reka Bentuk

Vendetta Uomo
Gambar ihsan Valentino

Dari segi rekaan botol, Vendetta mengekalkan kod ikonik Valentino melalui motif grafik huruf V. Ikonografi yang menjadi identiti jenama itu. Penutup berlipatnya pula mengambil inspirasi daripada lipatan fabrik dalam rekaan couture Valentino. Gabungan struktur moden dan sentuhan warisan ini menjadikan botol tersebut sebagai gambaran visual kepada karakter haruman yang tersimpan di dalamnya.

Kempen Vendetta Uomo Mengangkat Karakter Penuh Keyakinan

Vendetta Uomo
Gambar ihsan Valentino

Alexander Skarsgård dan Dakota Johnson, duta Valentino Beauty, membintangi kempen haruman ini. Mereka menghidupkan kisah dua individu yang terikat oleh naluri, kebebasan dan tarikan yang tidak dapat dijelaskan. Melalui Vendetta Uomo, Valentino Beauty mempersembahkan definisi baharu lelaki moden yang yakin, berkarakter dan meninggalkan kesan tanpa perlu berlebihan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down