
Casio Computer Co., Ltd.melancarkan jam digital CA-500WEBF yang diinspirasikan daripada filem Back to the Future. Kelahiran ini dijadualkan bersempena ulang tahun ke-40 filem terbitan Universal Pictures dan Amblin Entertainment itu.
Dihasilkan dengan kerjasama Universal Products & Experiences (UP&E), model terbaru CA-500WEBF ini menggabungkan reka bentuk klasik Casio yang disatukan dengan elemen filem ini. Model asalnya, CA-500, dengan fungsi kalkulator yang unik, telah menjadi produk laris sejak era 1980-an.

Reka bentuk muka jam CA-500WEBF diilhamkan daripada lampu belakang Time Machine ikonik dalam filem tersebut serta nombor plat “OUTATIME”. Warna-warna berbeza pada butang jam pula menyerupai time circuits yang digunakan untuk menetapkan tarikh dan masa destinasi Time Machine.
Bahagian belakang jam diukir dengan ilustrasi flux capacitor, teknologi fiksyen ikonik yang menjadikan Time Machine berfungsi, manakala pengepit tali jam pula diukir dengan logo Back to the Future.
Perhatian diberikan kepada setiap perincian ini dan banyak lagi. Keistimewaan penciptaan menjadikan kolaborasi ini benar-benar mencerminkan tema serta gaya filem tersebut.