
Sejurus selepas majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan, OMEGA meraikan pelancaran Omega House – ruang eksklusif yang akan berfungsi sebagai pangkalan jenama ini untuk para dutanya sepanjang temasya yang berlangsung dari 8 hingga 21 Februari. Terletak di Galleria Vittorio Emanuele II di dalam Ristorante Cracco yang diketuai oleh chef terkenal Carlo Cracco, Omega House membawa kejayaan edisi Sukan Olimpik Musim Panas terdahulu ke pentas Sukan Musim Sejuk di Itali.
Malam tadi, OMEGA menganjurkan Gala Pembukaan bagi meraikan ruang baharu ini, mengalu-alukan duta jenamanya George Clooney – yang telah bersama pembuat jam tangan Switzerland itu sejak 2007 – bersama isterinya, Amal Clooney. Turut hadir adalah rakan duta jenama seperti Park Bo-gum, Allyson Felix dan Marisa Tomei.
Hanya boleh diakses melalui jemputan, ruang intim ini menampilkan kafe di tingkat bawah, beberapa ruang tontonan khas, serta ruang makan eksklusif di dalam Ristorante Cracco. Walaupun OMEGA telah berkhidmat sebagai penjaga masa rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik sejak tahun 1932, ini menandakan edisi musim sejuk pertama Omega House – menawarkan para tetamu pengalaman unik untuk menyaksikan temasya sambil meneroka legasi Olimpik OMEGA.