CASIO memperkenalkan satu rangkaian baharu yakni Bold Camo yang membangkitkan revolusi gaya jalanan. Siri G-SHOCK ini mempamerkan kemasan matte, rekaan tak lapuk ek zaman dengan integrasi corak camouflage bersama rona emas dan segala aspek ini memperoleh keberhasilan dalam menjadikan jam tangan ini sebagai ‘fashion statement’!

Umpama bernyanyi kita lagu angkatan tentera, menafaskan semangat, pabila menerapkan motif camouflage pada penampilan diri. Ciptaan rasa terbit kerana pengertian kita tentang motif camouflage yang digunakan sebagai teras ketenteraan untuk menempuh persekitaran. Biar samar bila bertempur. Lantas kesamaran ini didukung oleh CASIO, menjadikan ia sebagai kata kunci utama himpunan terbaru G-SHOCK – yakni “Blend in, Standout”.
Sebagai jenama yang progresif, G-SHOCK mengubah camouflage. Corak yang menyimbah seragam tentera ini dikutip oleh G-SHOCK untuk diperbaharui dan menggabungkan ia dengan rona hijau matte serta perincian kemasan emas. Estetika kontemporari menebal, lantas menjadikan siri Bold Camo ini serasi dengan kemodenan budaya gaya jalanan. Apa lagi logo serta penunjuk pada dial disuntik kesegaran dari aspek rekaan dan memperhebat siluetnya, untuk kelihatan lebih cool.

Apa yang membuatkan Bold Camo daripada G-SHOCK ini standout? Mengesani ideologi G-SHOCK Bold Camo, ia menyimbah motif camouflage sehingga menopengi logo ‘G’dan ia membuatkan kita sebetulnya mahu meneliti rekaan tersebut. Di samping itu, setiap model dalam siri Bold Camo juga menampilkan motif serta kemasan yang berbeza-beza dan motif matte camouflage menjadikan jam tangan ini sangat ranggi, dengan butiran emas yang serasa premium. Bezel yang disadur rona emas, ukiran laser serta motif ajnas sudut malah mencerminkan tingkatan kedalaman rekaan-rekaannya.
Motif camouflage pada Bold Camo tidak menyempadani penggayaan. Baik untuk imej kasual, mahupun yang semi kasual, Bold Camo adalah pelengkap gaya yang mengangkat tatacara sesuatu pengolahan. Gabung padan bersama penampilan serba ringkas seperti kemeja T dengan seluar jean labuh atau keseluruhan gaya yang monokromatik atau memadukan ia dengan konsep gaya berteraskan tailoring, membenarkan motif camouflage tersebut merangsang visual.
GM-6900CMG-3 antara yang mencuri perhatian. Bingkai keluli dengan saduran ion emas disempurnakan oleh ukiran laser bermotif camouflage dengan padanan tali urethane. Ia menterjemahkan keseimbangan pada rekaan yang menyatukan kefungsian dengan siluet sofistikated. Manakala GA-V01CMG-3A menampilkan motif pelbagai sudut pada sculptural case dengan kemasan rona emas, melengkapi rekaan yang berteraskan ketenteraan. Sifat praktikal model ini dibuktikan lagi oleh ketahanan bateri sepuluh tahun!
