Baru-baru ini jenama jam tangan G-SHOCK memperkenalkan Zizan Razak sebagai duta jenama ini di Malaysia. Kolaborasi ini dilihat sebagai satu pencapaian dalam menyatukan dunia horologi bersama pengaruh besar Zizan dalam dunia hiburan tanah air.
Sebagai duta G-SHOCK Malaysia yang pertama, kolaborasi ini meneruskan misi G-SHOCK untuk menyatukan komuniti dalam bidang fesyen, seni, muzik dan sukan sebagai satu dedikasi kepada ketahanan dan daya lasak.
Pemilihan Zizan Razak sebagai duta dilihat sebagai satu langkah tepat seiring dengan perkembangan kariernya dan pengaruh yang ada sebagai salah seorang penghibur paling disayangi rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan Casio Malaysia, Yuki Mutsui berkata "Dengan G-SHOCK, kami sentiasa mahu didekatkan dengan idea ketahanan, inovasi dan ketulenan tanpa kompromi. Menerusi Zizan, kami menemui seseorang yang menghayati semangat ini dengan begitu semula jadi. Beliau seorang yang berani, fokus dan benar-benar tersendiri."
Tambahnya lagi, sebagai seorang cukup versatil, Zizan memiliki personaliti dan tenaga yang cukup luar biasa untuk mewakili komuniti G-SHOCK FAMS. Kehadiran Zizan bersama G-SHOCK Malaysia bakal membawa tenaga baru kepada usaha komuniti G-SHOCK dengan kisah-kisah dan detik-detik bermakna yang melangkaui sekadar penunjuk masa.