LANGGAN

Warta Horologi: Apa Yang Menjadi Sorotan Bulan Ini

Apa yang menjadi tumpuan dalam gazet horologi bulan ini!
Published: July 31, 2026

CIPTAAN SEMPURNA HOROLOGI

horologi


Lambang kekinian. Pencinta jam tangan dan horologi pasti menyukai Ressence TYPE 11 – bertunjangkan gabungan falsafah identitinya dan berkonsepkan citra kontemporari. Disempurnakan lagi oleh reka bentuk yang cukup teliti serta tersusun. Teras jam tangan ini mempamerkan titik tahap pencapaian Ressence yakni Ressence Werk RW-01, pergerakan pertama yang dibangunkan oleh Ressence. Ia diserasikan secara khusus untuk menggerakkan ROCS (Ressence Orbital Convex System), sekali gus mewujudkan integrasi antara mekanisme utama dengan paparan.

LAMBANG KEJITUAN HOROLOGI

horologi


Skeletonization yang digarap oleh Bell & Ross, bukan sekadarkan cuma satu kemasan jam tangan, bahkan juga adalah satu statement. Singkap bahagian dalaman kaliber Bell & Ross BR-03 Skeleton Steel yang secara tepatnya memperlihatkan mekanisme tanpa mengubah setiap kualiti, lantas aspek tersebut memperlainkan skeleton watch dengan animasi dial ringkas. Justeru, kejituan pada kerumitan rekaan menjadikan ia sangat bernilai. BR-03 Skeleton Steel mengekori tradisi ini, namun pada masa yang sama mentafsirkan semula dalam jati diri Bell & Ross. Yakni kefungsian, keterbacaan dan ketilitian teknikal. 

A PERFECT BALANCE

horologi


Kesepaduan antara semangat kesukanan dan elegan bertemu dengan kejituan kronometer serta kemasan di luar jangkaan merangka teras utama rekaan. Mengekor sukses Alpine Eagle 41 XPS yang pertama – yang menampilkan dial Monte Rosa Pink – Chopard memperkenalkan model baharu yang menandakan kemuncak ciptaan ikonik yakni jam tangan ultra-nipis berdiamater 41mm yang mengintegrasikan seni reka luar biasa. Dail Mountain Glow berona champagne, dilengkapi kaliber L.U.C 96.40-L berketepatan tinggi, kemasan Poinçon de Genève bersama gelang baharu yang meningkatkan keselesaan pemakaian. 

INSPIRASI AEROANGKASA

horologi


Jam tangan yang mentafsirkan generasi seterusnya menyempurnakan keperluan serta kehendak unik industry aeroangkasa. Jam tangan IWC Schaffhausen yang baharu ini, yakni Pilot’s Venturer Vertical Drive berilhamkan seragam angkasawan yang dilengkapi gear sarung tangan, segala kefungsian dikawal oleh inovasi putaran sistem bezel yang menyingkir penggunaan pelaras jam. Pilot’s Venturer Vertical Drive malah memudahkan penggunanya untuk bertukar-tukar fungsi yang bervariasi – seperti menggerakkan mekanisme jam atau seting mission times – menerusi suis sisi pada bahagian case. 

EKSPRESI MAISON!


Keagungan karya seni arloji. Louis Vuitton menghuni dunia jam tangan dengan kehadiran Tambour Taiko Arty Automata yang mencabar keberanian pencinta-pencinta horologi. Sentuhan butang yang merefleksikan transformasi persepsi masa serta mainan emosi pada dail yang terserlah melalui kepelbagaian animasi. Tahap kemasan yang berkualiti tinggi melengkapi sarung Tambour Taiko, yang mengintegrasikan keluarbiasaan craftsmanship bersama pusher, yang ditempatkan pada posisi jam 8. Kaliber automatik AU05.01 pada jam tangan ini dihasilkan oleh La Fabrique du Temps Louis Vuitton yang memperlihatkan mekanisme Automata dengan tujuh animasi serta tourbillon memimik bentuk Peace & Love. 

PILIHAN ELLE MEN: EXTRALEGANZA!


Pertembungan elegan dan citra ‘ekstra’ yang begitu sempurna mendefinisikan Piaget Polo Signature Date. Semuanya jelas terpamer pada kehalusan butiran, hiasan ukiran beralur yang sudah sinonim dengan Piaget. Tampilan dekoratif ini menyuntik aura sofistikasi pada jam tangan Piaget dan menzahirkan kesenian sejati horologi. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down