Ketika kali pertama di daftarkan dengan trademark oleh Institut Harta Intelek Persekutuan Switzerland, koleksi Conquest menjadi detik penting buat Longines untuk dilihat sebagai sebuah penciptaan yang memiliki prestij yang tersendiri.
Sejak itu ia bergerak sebagai sebuah warisan pada jenama ini dengan pelbagai inovasi yang dipertingkatkan dalam pembuatan daripada masa ke masa. Kualiti dipertingkat dengan ketahanan dan juga keupayaan jam tangan ini bertahan lama.
Hari ini, Longines menambah naratif baru bagi koleksi ini dengan pengenalan pada saiz 38 mm dan 40 mm yang menerajui semangat serta warisan jenama ini. Ia bergerak sebagai sebuah legasi dalam mencerminkan sesuatu yang tahan lasak tetapi masih kekal elegan.
Lebih menarik, koleksi kali ini membawakan pentafsiran gaya ke tahap lebih tinggi dengan pengenalana pada penciptaan berasaskan emas 18 karat dan ukiran tangan yang menjadi identiti koleksi ini sejak awal diperkenalkan.
Setiap jam tangan Conquest Heritage digerakkan oleh kaliber eksklusif Longines L888.5, iaitu gerakan mekanikal automatik yang dilengkapi spring imbangan silikon dan komponen bukan magnetik yang inovatif.
Penciptaan dan inovasi akan kecanggihan ini memberikan ketahanan terhadap magnet sehingga sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada piawaian ISO 764. Ia menggabungkan kemudahan harian dengan prestasi luar biasa. Edisi terbaru ini turut menawarkan ketahanan bateri sehingga 72 jam dan ketahanan air sehingga 50 meter.