Berlangsung meriah tayangan Perdana Dunia "F1" oleh Apple Original Films & Warner Bros. Pictures di Times Square pada 16 Jun 2025 - selebriti dan pelakon utama hadir di karpet merah dengan gemilang berserta jam tangan daripada IWC Schaffhausen.
Pemandu Formula One™ Mercedes-AMG PETRONAS Formula One™ yang juga duta jenama IWC Schaffhausen, George Russell tampil cukup dapper dengan jam tangan IWC Ingenieur Automatic 40. Dihasilkan terhad dalam kuantiti 100 unit sahaja, jam tangan ini datang dengan dail hijau dengan tesktur grid dan bersalut emas.
Aktor Damson Idris yang turut menjadi wajah utama filem F1 dengan watak Joshua Pearce hadir menyerlah di karpet merah tayangan perdana filem ini dengan jam tangan IWC Ingenieur Automatic 40. Diperbuat sepenuhnya dengan emas 18 karat.
Pelakon popular Javier Bardem memakai jam tangan IWC Ingenieur Perpetual Calendar 41 (Ref. IW344903) yang menampilkan bekas keluli tahan karat dengan diameter 41 mm.