
OMEGA melancarkan generasi keempat Planet Ocean dengan pembaharuan rekaan yang menyeluruh. Lebih istimewa edisi kali ini memperkenalkan tujuh jam tangan terbaru termasuk pemuka baru dengan pilihan gelang keluli tahan karat atau dalam material getah.
Dua dekad setelah kali pertama Planet Ocean diperkenalkan, pembuat jam tangan berprestij OMEGA mengembalikan estetika baru generasi keempat edisi ini. Pembaharuan dilakukan mengikut peredaran zaman dengan ilham seni bina diterapkan pada kerangka dan gelang yang menjadikan ia lebih kemas.
Kekal berakar pada DNA OMEGA dengan mengekalkan komponen utama yang cukup ikonik sekali gus menjadikan koleksi ini sebagai legenda dalam dunia arloji. Bab baru ini terbuka dengan pengenalan tujuh model Co-Axial Master Chronometer baharu, termasuk model dalam warna jingga ikonik yang mendefinisikan sejarah penyelaman OMEGA.

Untuk meraikan pelancaran koleksi ini, OMEGA mempersembahkan kempen Planet Ocean global yang diterajui oleh dua duta kempen iaitu aktor tersohor Glen Powell dan Aaron Taylor-Johnson.
Sepanjang kerjayanya, Aaron Taylor-Johnson telah mempamerkan kepelbagaian tanpa batas dalam lakonannya. Pelbagai watak telah diterokai dengan penuh dramatik juga adegan aksi. Aktor ini mempunyai keterikatan yang kuat dengan koleksi Seamaster dan memakai Planet Ocean berwarna biru dalam kempen ini.

Glen Powell telah melebarkan kehadirannya di skrin dalam hampir setiap arah. Karisma yang luar biasa yang ada ditafsir sebaiknya ke dalam watak aksi, drama, dan romantik. Antara filem yang cukup ikonik lakonannya Twister, Anyone But You dan Top Gun: Maverick.
Sebagai aktor yang tinggi permintaa, dia juga telah membuktikan satu dinamik tenaga telah menyerlahkan keupayaan lakonan tanpa terbatas. Menerusi kempen ikonik Planet Ocean, Glen Powell menyarung model dalam rona jingga yang menawan.