Panerai memperkenalkan dua jam tangan terbaru iaitu Submersible Marina Militare PAM01697 dan Submersible Marina Militare Carbotech™ PAM01698. Ia mewakili penciptaan tertinggi satu kerjasama berterusan Panerai bersama Tentera Laut Itali. Hubungan dijalin bermula sejak 1910-an ini kekal sebagai asas utama dalam DNA Maison untuk mereka cipta alat bagi wira moden.
Koleksi terbaru ini diilhamkan daripada Aviazione Navale iaitu salah satu cabang penerbangan Tentera Laut Itali. Komited dalam mempersiapkan pesawat sebagai pengganda kuasa kepada armada bagi melalui situasi mencabar dan berisiko.
Kerangka dalam saiz 44mm edisi PAM01697 diperbuat daripada keluli tahan karat yang diperkemas. Bezelnya berputar sehala disepadukan dengan cakera seramik dalam rona hijau matte.
Bagi edisi PAM01698 pula Panerai menampilkan bekas 44mm yang diperbuat sepenuhnya daripada Carbotech™ iaitu bahan yang cukup dikenali dengan sifat yang ringan dan kukuh yang diperbuat daripada gentian karbon.
Kedua-dua jam tangan ini menampilkan dail matte dengan tekstur hijau yang dikemaskan dengan gradien rona hitam – diinspirasikan daripada kelengkapan penerbangan dan topi keledar kru udara Aviazione Navale – serta tulisan "Marina Militare" pada posisi jam 6.