LANGGAN

Inovator Stail: Jefr

Seorang artis visual dan pelukis kontemporari berteraskan seni grafiti yang bijak memanfaatkan setiap peluang berkarya.
Published: September 6, 2026

Sebaik sahaja kembali daripada kesibukan projek dan kerja seninya di Poland, jadual Jefr di Malaysia terus dipenuhi pelbagai komitmen kreatif. Di sebalik mural yang menghiasi beberapa lokasi ikonik Kuala Lumpur seperti Hyatt Centric City Centre, LANE 23 TRX dan banyak lagi lokasi serta kafe lain, Jefr lebih selesa dilabel sebagai seorang pengkarya seni multidisiplin yang ingin sentiasa meneroka sempadan baru dunia seni visual.

Berbekalkan gaya ekspresif dan identiti artistik tersendiri, setiap karyanya mencantikkan ruang dan menghidupkan naratif yang menghubungkan seni dengan pengalaman harian masyarakat.

Jaket denim dan seluar pendek daripada ONITSUKA TIGER.

ELLE Men: Apakah dorongan yang sering menginspirasi anda terus berkarya dan berkreatif dalam bidang diceburi?

Jefr: Cara saya berkreatif adalah dengan memastikan minda dan jiwa sentiasa cerdas. Fikiran juga perlu lapang dan sedia menerima idea baru. Saya suka brisk walk untuk mencari idea.  

EM: Apakah projek yang paling memberi kepuasan dan diingati hingga sekarang?

J: Ada banyak dan sukar pilih satu. Antara karya paling saya banggakan adalah hasil seni di Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur dan kolaborasi saya bersama New Balance.

"Budaya adalah cara kita membawa budaya baik ke dunia luar untuk dikongsikan bersama dan dihargai"

EM: Apa cabaran terbesar yang sering dihadapi dalam bidang anda?

J: Ada beberapa cabaran. Untuk seni di dinding, faktor cuaca serta keadaan mental dan fizikal memainkan peranan besar. Bagi karya di atas kanvas dan kertas, ia memerlukan fokus yang tinggi. Selain itu, cabaran saya adalah untuk terus mengembangkan kerja sambil mengekalkan identiti tersendiri.

EM: Di luar dunia kerja, apakah lagu, buku, hobi atau ritual harian on repeat yang mesti dilakukan?

J: Membaca dan cari masa bersendiri. Saya sukakan slow living. Memandangkan kerja saya sering terikat dengan timeline projek, momen bersendiri tanpa rushing sangat saya sukai. Pada masa sama, saya juga suka memerhati persekitaran untuk inspirasi menghasilkan seni.

EM: Definisikan budaya dengan cara anda?

J: Budaya adalah cara kita membawa budaya baik ke dunia luar untuk dikongsikan bersama dan dihargai. Budaya juga mengenai disiplin untuk kita menghasilkan karya yang baik. 

EM: Impian terbesar sebelum tahun ini berakhir. 

J: Untuk menyiapkan segala projek dan kerja seni yang sudah ada dalam perancangan dengan jayanya dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.


PENYELARAS ARDI IDEWANI FOTOGRAFI AMANI AZLIN DIBANTU OLEH BRENDON & GAVIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI NABIHAH NIZAM GROOMING AYANG KAMEL & WIRA KASTRYA DANDANAN AIREENZRASHID  TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA PELATIH AMALI HIZRAL FAIZ ROZEMAN & AISYAH HAZIYAH

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down