LANGGAN

Kelab Komedi New Gen: Ravi Zephyr

Graduan lepasan kejuruteraan ini seronok menghasilkan kandungan trend semasa dan jenaka yang relatable!
Published: April 28, 2026

Ravi Zephyr memulakan kerjayanya sebagai Pencipta Kandungan secara suka-suka. Ketika bermula dahulu, Ravi Zephyr masih lagi menuntut sebagai pelajar di universiti.

Sejak dari itu, dia mula mendapat sejumlah pengikut di media sosial dan terus dikenali dengan bakatnya untuk ‘yapping’ di hadapan kamera dengan tagline “Hi telur's...”. Selanjutnya, dia mendapat permintaan kerja menghasilkan video daripada banyak klien dan jenama. 

ELLE Men: Siapa anda?

Ravi Zephyr: Saya seorang content creator yang memulakan kerjaya ini ketika saya belajar engineering di Taylor University. Waktu itu, saya selalu seakan dikecam kerana kandungan saya yang sangat random dan bersahaja. Contohnya, saya merakam situasi seorang pensyarah ini yang sering tidak ada mood ketika mengajar di dalam kelas. 

Selepas itu, ada situasi seorang waffle lady di dalam universiti yang setiap hari menjual waffle. Tiada apa tentang dia, namun satu hari saya kelihatan yang dia sangat sedih dan sedikit muram. Jadi saya pick up my camera dan mula record TikTok menyatakan amaran secara berjenaka, jangan ada siapa yang boleh mengganggu dia. The next day, video itu blew up dan barisan panjang pelajar membeli wafflenya. Saya sendiri pun tidak pernah juga membeli waffle daripada kedainya. Dia akhirnya berterima kasih kerana video saya, memberi impak besar kepada perniagaannya itu.

Selepas daripada kisah itu, job mula masuk. Saya mula dapat tawaran membuat video dengan hanya bercakap dan membebel daripada satu syarikat minuman. Disinilah saya bermula dan dapat mengekspresikan my creative sideI'm so happy with the outcome.

EM: Bila kali pertama anda tahu yang anda boleh buat orang ketawa?

RZ: Saya rasa, saya ada a very dark sense of humor. A lot of times I catch people off guard. Namun saya sedar yang saya boleh buat orang ketawa di universiti. Buat jenaka relatable dan bersembang what is happening in our society. Contohnya, macam membincangkan isu minoriti, maybe it sounds like a joke tapi dalam masa sama followers boleh komen dan beri pendapat mereka juga. 

EM: Kelainan yang dibawa dalam jenaka. 

RZ: Just to call people out but not in a bad way. Senang cerita, bila orang dengar jokes saya, diorang boleh sedar the truth behind it. Contoh, macam di jalan raya. Kenapa ada orang yang degil dan tak patuh arahan? Sedangkan jika melanggar undang-undang, kita boleh disaman dan membahayakan orang lain. 

EM: Bagaimana sebenarnya diri anda itu apabila off-camera?

RZ: Senyap dan mungkin I'm actually an introvert. Saya manusia biasa jadi ada masanya yang saya perlukan masa untuk bersendiri. Saya tidaklah ceria begini 90 peratus. I enjoy my alone time so much at home. 

EM: Satu karakter yang tidak diketahui peminat atau pengikut. 

RZ: Saya membantu ibu saya mengusahakan perniagaan farmasi selepas kematian ayah saya. Walaupun tidak berada di sana kebanyakan masa dan hanya membuat kerja-kerja logistik, ibu saya sering berjumpa dengan pelanggan yang datang ke farmasi kerana tahu itu perniagaan keluarga saya. 

EM: Hobi apabila tidak sibuk bekerja. 

RZ: Tonton filem. Paling latest, ‘Eternity’. I like rom-com. Lately, saya juga suka tonton filem Bollywood. Entah mengapa. 

EM: Rencana terbesar dalam perancangan kerjaya tahun ini.

RZ: I want to do stand up comedy secara serius, berada di live shows dan sepertinya. Mungkin platform di Malaysia tidak meluas lagi, saya pernah cuba dahulu namun tidak terlalu fokus kerana sibuk dengan kerja lain. Saya tahu ia ada dan masih ramai yang mengerjakannya. Saya mahu tarik generasi baru untuk tonton dan suka kepada komedi seperti ini.

Penyelaras & Penata Gaya: Ardi Idewani

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Dibantu Oleh: Aishah Haziyah

Fotografi: Edmund Lee

Dandanan: Miedy Daniel

Solekan: Desiree

Pakaian: Sacoor Brothers & Wardrobe Privato

Teks oleh: M. Ridhwan Sa'aya & Nurhani Natasha

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down