Dengan seni estetika ‘gelap’ yang dihasilkan berinspirasikan filem-filem seram, Ryan Alaxander sebagai Pengarah Kreatif dan Pereka Busana berjaya mengubah pakaian tradisional menjadi fesyen kontemporari melalui labelnya, HUNTILANAK. Dia juga berinspirasi untuk ingin terus mengangkat kraftangan Asia Tenggara dengan sentuhan eksperimental, mencerminkan minatnya terhadap topeng kayu dan barang unik.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?
RA: Untuk survive sepanjang tahun ini. Saya tahu setiap tahun baru akan ada sahaja cabaran baru, peluang baru dan pelbagai hal baru. Walau semuanya memberi saya tekanan, saya hanya mahu melangkah ke hadapan. Jadi, fokus saya untuk mencapai sesuatu kejayaan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.
EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?
RA: Passionate, curious, gym bro, bersungguh dan disenangi (ketawa).
EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?
RA: Apabila seseorang mengajak saya keluar tanpa memberi saya masa untuk bersedia dan mempersiapkan diri selengkapnya terlebih dahulu.
EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?
RA: Satu sahaja? Saya mahu capai lebih daripada satu perkara (ketawa). Kalaulah saya sebenarnya seorang ‘nepobaby’, sudah tentu saya akan menghabiskan masa dan wang ringgit untuk belajar apa sahaja skil yang boleh, jadi saya boleh lakukan lebih banyak perkara. Namun jika perlu pilih satu perkara sahaja, tahun ini saya memilih untuk lebih fasih dalam bahasa Mandarin.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd
Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra
Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Arahan Digital: Sri Azni
Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha
Grooming: Joey dan Ayang Kamell
Rambut: Olivia