Dia yang sekali gus meneruskan legasi yang dibina bapanya dengan cambahan identiti generasi baharu dilihat semakin aktif berkarier. Hari ini dia telah bekerja sebagai Pengarah Muzik, Komposer dan Pemain Gitar.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?
AI: Impian saya sempena tahun baru ini untuk menghasilkan lebih banyak karya yang hit, lebih dikenali oleh ramai lagi peminat dalam segenap bidang muzik dan dapat membuat persembahan bersama barisan penyanyi terkemuka yang berbakat di atas pentas yang serba boleh. Tidak salah berangan-angan besar bukan (tertawa).
EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?
AI: Suka bekerja dengan penuh kebebasan.
EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?
AI: Apabila individu itu tidak dapat memenuhi cita rasa saya dalam bidang muzik. Walaupun cita rasa itu bersifat subjektif, namun muzik itu sendiri hakikatnya perlu mudah diterima orang ramai.
EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?AI: Menjadi pemain hebat untuk sukan Pickleball. Saya sebenarnya masih amatur juga dan tidaklah profesional, namun stamina yang kuat amat penting dalam membantu saya sebagai penyanyi di atas pentas agar boleh membuat persembahan dalam tempoh lama dan memuaskan.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd
Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra
Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Arahan Digital: Sri Azni
Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha
Grooming: Joey dan Ayang Kamell
Rambut: Olivia