Didie Shazry kini bergelar seorang penyanyi dan penulis lirik. Dia yang sedang menempa nama kini bakal tampil pula dengan album pertama berjudul ‘Demi Sebuah Rindu’ selepas usai dengan rilisan single ‘Peganglah Hati’

ELLE Men: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?
Didie Shazry: Fokus utama saya adalah untuk menghasilkan lebih banyak karya lagu yang berkualiti sehingga dinobatkan untuk memenangi Anugerah Juara Lagu. Saya tahu dalam berkarya memerlukan kesungguhan yang teguh. Doakan semoga impian ini tercapai.
EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?
DS: Saya seorang yang kuat berangan.
EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?
DS: Diajak untuk melakukan aktiviti yang melibatkan ketinggian (tertawa). Saya cepat gayat dengan ketinggian yang tidak menentu.
EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?
DS: Tahun ini saya ingin mula belajar bermain saksofon, satu jenis instrumen yang dapat menjadikan saya lain daripada penyanyi lain. Senang cerita, saya ingin menjadi lebih kreatif dan serba boleh.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd
Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra
Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Arahan Digital: Sri Azni
Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha
Grooming: Joey dan Ayang Kamell
Rambut: Olivia