Space Dawg yang dibinanya berjaya menjadi platform ekspresi seni animasi sendiri. Sebagai seorang (self-taught) Juru Animasi, dia juga pernah menghasilkan karya untuk beberapa jenama terkemuka seperti Hermès, Galeries Lafayatte, Messika dan banyak lagi.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?
ML: Impian saya untuk tercalon sehingga dapat memenangi anugerah berprestij kreatif besar seperti Design & Art Direction (D&AD), ADL Award dan sepertinya. Saya tahu yang saya perlu bekerja lebih keras dan menghasilkan lebih banyak karya bermakna supaya lebih dikenali.
EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?
ML: Kerja, kopi, silence, curious dan rumah.
EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?
ML: Ajakan yang datang tanpa sebab kukuh.
EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?
ML: Saya hanya ingin melakukan yang terbaik dalam mendepani setiap cabaran terutamanya ketika saya sedang bekerja. Kerjaya sebagai seorang kreatif memerlukan kesungguhan dan inspirasi yang datang daripada pelbagai sudut pandang yang luas. Saya juga sentiasa sedia untuk mempelajari hal baru sepanjang perjalanan kerja daripada setiap orang yang saya temui.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd
Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra
Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Arahan Digital: Sri Azni
Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha
Grooming: Joey dan Ayang Kamell
Rambut: Olivia