Biar masih hijau dalam bidang lakonan, nama Mierul Aiman semakin meyakinkan sebagai bakat pelapis yang memiliki potensi besar untuk bertumbuh sebagai pelakon yang berkaliber.
Dia hadir dalam lapangan yang mana wajah-wajah baru begitu diraikan dalam memberi satu variasi penghasilan drama bersiri tempatan. ‘Projek: High Council’ menjadi medan pembuktian bahawa dia bakat pelapis yang akan memiliki kelangsungan karier yang panjang hayatnya. Beterusan dengan siri ‘Projek: Exit’ dan dua filem ‘Kahar: Kapla High Council’ dan ‘Kluang Man’ menjadikan dia sebagai wajah dambaan layar hari ini.
2026 bakal menjadi tahun besar buatnya dengan beberapa projek yang memberi keterujaan. Mierul berkata “Antara yang paling saya tidak sabar kongsikan adalah projek filem berjudul ‘Tarung: Unforgiven’. Tak banyak yang saya boleh kongsikan tetapi ia akan menjadi sesuatu yang memberi impak berbeza dalam karier saya.” Beriring minat mendalam terhadap lakonan, Mierul Aiman berkongsi cerita.

ELLE Men: Kalau boleh dikongsikan, apa pengalaman terbaik untuk Mierul tahun ini?
Mierul Aiman: Antara yang paling saya banggakan adalah dapat menempatkan diri dalam pembikinan filem ‘Tarung:Unforgiven” yang boleh saya sifatkan sebagai sebuah projek yang cukup besar skalanya. Karakter yang kompleks dan boleh disifatkan juga sebagai satu big role untuk saya terlibat dalam sebuah filem. Ini satu tanggungjawab yang besar dan peluang berlakon bersama nama besar seperti Zul Ariffin, Aedy Ashraf, Bront Palarae dan Amir Ahnaf antaranya. Selain itu, tahun ini juga saya sudah melibatkan diri dalam bidang bisnes dengan pengenalan pada jenama fesyen sendiri iaitu Dream Kid.
EM: Lebih kurang empat tahun sudah melibatkan diri dalam bidang showbiz. Apa yang Mierul lihat daripada segi perkembangan karier?
MA: Empat tahun ini adalah satu pembuktian juga saksi di mana pegangan dan prinsip saya selama ini tidak salah. Tahun ini menjadi satu kekuatan untuk saya percaya bahawa kekuatan mimpi adalah kepercayaan dan waktu yang tepat akan tuhan hadirkan pabila tiba masanya.
EM: Bagaimana Mierul melihat diri Mierul yang hari ini berbanding empat tahun sudah?
MA: I’m still the same person tetapi saya percaya skil dalam bekerja semakin baik begitu juga dengan kualiti hidup. Apa yang menjadi fokus saya hari ini adalah untuk menjadi lebih baik daripada hari ke hari. Ini menjadi panduan untuk saya menjadi seorang yang lebih skillful.
EM: How happy are you now?
MA: Very happy, saya percaya saya boleh lakukan lebih daripada apa yang saya sudah lakukan sekarang. Walau tak dinafikan kadang badan dah bagi sign to slow down tapi saya happy sebab saya semakin jelas dengan apa yang saya mahu lakukan dalam hidup sekarang dan untuk masa depan juga.


EM: Boleh kongsikan disiplin bekerja Mierul Aiman itu bagaimana?
MA: Saya percaya setiap pengkarya perlu ada precision and motion dan precision and execution. Kedua-dua perkara ini yang menggerakkan setiap pengkarya menjadikan karya mereka believable dan relatable. Pada masa yang sama saya percaya untuk tidak menjadi terlalu sempurna dan more honest dalam melakukan sesuatu perkara. Push to the limit and pray to the highest.
EM: Ada rutin yang Mierul jadikan amalan sebelum memulakan satu-satu projek baru?
MA: Pertama sekali adalah script reading. Itu adalah proses yang sangat penting untuk saya faham dengan jalan cerita dan karakter yang ditulis. Saya juga percaya saya akan menjadikan tanggungjawab lebih baik kalau saya dapat menguasai karakter dengan lebih cepat.
Satu lagi yang boleh saya kongsikan lately saya cuba amalkan untuk memulakan pagi lebih awal. I used to be a night person tapi saya cuba untuk tidur awal dan apa yang saya lihat adalah satu perubahan besar dalam diri terutama sekali bagaimana waktu saya lebih panjang untuk memenuhkan preparation kerja. I’m a super prep person dan ia menuntut masa.
EM: Siapa indvidu yang Mierul always look up to?
MA: Ibu saya membuat saya faham tentang kasih sayang dan ayah banyak memberi contoh kepimpinan yang baik. Dan of course Nabi Muhammad S.A.W - contoh terbaik manusia sempurna, he’s a fighter, memiliki kesabaran yang tinggi dan pedagang yang sangat berjaya.
*Baca temu bual penuh menerusi ELLE Men isu Disember / Januari 2026 di pasaran