Kedinginan paradoksikal yang berkaitan dengan perasaan menjadi penghayatan Levi’s Holiday 2026. Merayakan musim percutian, Levi’s menikmati buah fikiran yang kehangatan pada musim dingin bukanlah sekadarkan suatu perihal tentang iklim semata-mata. Ia lebih daripada itu. Levi’s menghargai tekstur, layers dan pertalian persaudaraan yang berbangkit pabila tibanya musim dingin.

Ia menghadirkan kempen ‘Let’s Get Fuzzy’ untuk Holiday 2026. Menjadikan baju-baju panas sebagai sorotan utama untuk menyampaikan makna ekspresi kendiri dan semangat kekitaan! Ia bersendikan binaan kepercayaan “it’s cool to be warm”, ‘Let’s Get Fuzzy’ melapangkan perspektif baharu tentang cara penggayaan musim percutian. Menggandakan kefungsian baju panas, yang dipakai sebagai personal style, terdorong si pemakai untuk berekspresi menerusi tekstur serta layering. Lantas, mencetus penggayaan yang tampak acuh tak acuh atau bersahaja dan punya estetika.

Fokus himpunan Levi’s Holiday 2026 adalah sebarisan baju panas. Baju-baju panas yang ditampilkan berasaskan rekaan yang menghangatkan tubuh, serba boleh dan memiliki karakter untuk pemakaian hari-hari. Rangkaian pakaian Wanita termasuklah Charlotte Crewneck Cardigan dan Charlotte Pointelle Crewneck Sweater, bersama Dry Goods Relaxed Henley serta Poppy Quilted Puffer. Manakala rangkaian lelaki pula, yang menjadi tumpuan adalah Presidio Crew Sweater, Lassen Puffer, Jackson Worker dan Moto Jackets. Setiap helaian ini mengetengahkan elemen tekstur rajutan, untuk diserasikan dengan ceraian-ceraian denim ikonik, material korduroi dan outerwear Levi’s.
Helaian-helaian utama yang khusus untuk musim dingin seperti helaian bertekstur bulu bebiri, flannel, thermal, truckers, korduroi dan aksesori topi mempertingkatkan citra gaya Sweater Season. Ekspresi kendiri mendasari gagasan layering yang sebetulnya mencerminkan musim percutian, apalagi disatukan bersama ikon-ikon denim Levi’s – seperti 501® Loose dan 578™ Baggy to Ribcage Flare.

Kali ini, Levi’s cekal dalam menegapkan matlamat untuk memperkaya konsep penggayaan peribadi yang tak hanya berpaut seratus-peratus dengan denim sahaja. Mengikis stereotaip.
Perca-perca ceritera Levi’s Holiday 2026 tersimpul dalam kempen yang mengialkan ‘diaspora’ fuzzy textures, mengubah haluan lazim kepada sesuatu yang di luar jangkaan. Karakter Fuzzyeti dihidupkan melalui plot yang kononnya seorang outsider tersisih yang digeruni dan perjalanannya ke atmosfera para tetamu dismabut mesra. Ia merapatkan jurang pemahaman bahawa, everyone wants to feel like they belong.