
Menata analogi kemodenan dan tradisi, namun bersinggungan dengan ritma ruang yang membahasakan jati diri jenama. Persilangan yang membangunkan sifat holistik. Kosmos Onitsuka Tiger di Kuala Lumpur beraliran baharu, membuka butiknya di Pavilion Kuala Lumpur dalam anjakan tafsiran segar. Diimaginasikan semula. Dan perspektifnya berbeza.
Konsisten dalam ketepatan dalam hal pemilihan lokasi. Apalagi lokasinya strategik, di segi tiga emas Kuala Lumpur, yang mencakup perhatian khalayak. Asalnya butik Onitsuka Tiger sebelum berkeluasan 182 meter persegi dan berkembangan ke 370 meter persegi, dengan pembangunan dua aras. Mempertingkatkan pengalaman beli-belah di Malaysia.
Saat melewati butik baharu Onitsuka Tiger, ia jelas menyoroti pandangan kita ke binaannya yang berangkai dua. Bahagian luaran butik Onitsuka Tiger ini mewadahi mukaan gelas Tiger-Yellow yang berumpama memancutkan sinar di tengah-tengah kota. Sarat dengan konsep cermin, tatanan ini adalah satu gambaran yang mendaftarkan ingatan kita pada kejituan dan ketukangan kraf. Dan menyentuh hal rona kuning yang siginifikan buat jenama Onitsuka Tiger, pancaran terang ronanya yang menyimbah butik baharu ini malah mengekspresikan keterserlahan.

Butik baharu inimenempatkan dua rangkaian paling utama, yakni Contemporary dan Heritage, menderetkan himpunan pakaian, beg serta aksesori, di samping menampilkan sekali koleksi NIPPON MADE. Setiap aras didedikasikan untuk setiap rangkaian dan menggandakan pengalaman kunjungan dengan pameran setiap item yang terkandung dalam setiap himpunan.
Bahagian aras atas adalah ruang untuk rangkaian Contemporary. Diperkayakan lagi oleh mesej ekspresi moden Onitsuka Tiger. Himpunan yang dipentaskan di Milan Fashion Week serta rangkaian DENIVITA membanjiri ruang aras di atas, dengan iringan binaan lantai gelap, permukaan bersinar dan kaca berona kuning terang bagi menegapkan pernyataan seni bina yang punya daya tarikan. Manakala clean lines dan dinding dengan jalinan sentuhan merujuk kepada falsafah rekaan Jepun, yang mampu menangkap cahaya sehingga membentuk bayang-bayang untuk menambah kedalaman ruang.
Pabila menuruni tangga menghala ke aras bawah, terpamer pojok yang diperelok dengan himpunan kasut rangkaian Contemporary dan Heritage, yang menjadi pertalian antara dua aras. Kunjungan di bahagaian aras bawah adalah dunia Heritage yang mengangkut kita ke kesejarahan Onitsuka Tiger. Pameran berbentuk bulatan di tengah-tengah ruangan bawah sepertikan galeri dan di sela-sela ruang tersebut, terdapat panel kaca beralur yang disempurnakan pencahayaan membran di bahagian siling untuk memancarkan sinaran. Di lingkungan pameran inilah terletaknya himpunan Heritage, yang menjadi ruang penerokaan buat pengunjung.